Anak Rakam Aktiviti Harian, Rumah Mewah Azhar Sulaiman Jadi Perhatian

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon Azhar Sulaiman yang dahulu pernah menjadi kegilaan dan pujaan ramai gadis-gadis. Aktor ini bukan calang-calang orang kerana dia juga merupakan seorang arkitek.

Pasti ramai tahu Azhar mempunyai seorang anak gadis iaitu Kasih Iris Leona yang bukan sahaja cantik malah seorang yang pintar apabila berjaya mendapat 7A dalam peperiksaan SPM. Baru-baru ini, Iris mencuri perhatian netizen apabila berkongsi suasana kuarantin di dalam kawasan rumahnya.

BACA: Anak Dara Azhar Sulaiman Jadi Perhatian, Boleh Ganti Fazura

Namun apa yang menjadi bualan hangat netizen adalah rumah Azhar Sulaiman itu begitu cantik dan besar seperti Country Golf Resort. Malah, rumah pelakon itu lengkap dengan padang golf mini, kolam renang serta kawasan lapang ternyata membuatkan netizen teruja.

Malah ada yang mengatakan tidak kisah jika dikuarantin setahun jika tinggal di rumah mewah seperti itu. Tidak kurang juga ada yang berseloroh mengatakan mungkin di dalam rumahnya itu turut mempunyai kedai serbaneka 7-Eleven.

Rata-rata netizen mengatakan tidak mustahil jika Azhar memiliki kediaman mewah seperti itu memandangkan pelakon itu seorang arkitek yang berjaya dan sudah lama menceburi bidang tersebut.

Dalam pada itu, ada netizen memberitahu bahawa datuk Kasih merupakan salah seorang pengasas syarikat penerbangan tambang murah terkenal, AirAsia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Anak Rakam Aktiviti Harian, Rumah Mewah Azhar Sulaiman Jadi Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*