Isteri Ded4h Shuk Kant0i D4ting Dengan Sk4ndal Lagi

Nampaknya drama rumah tangga pelawak Shuk Sahar masih tiada kesudahan lagi apabila isterinya, Rossa Sera mendedahkan suaminya itu didakwa curang lagi.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Sera seakan meluahkan rasa geram dengan suami dan skandalnya itu. Sera turut memuat naik mesej di Instagram diterima daripada netizen yang mendakwa terlihat Shuk bersama kekasih gelapnya menonton wayang di Penang.

BACA: Shuk Nak Saman Gadis, Nafi Buat Lawak Double Meaning Di Konti

Menerusi mesej berkenaan, Sera menafikan dia bersama Shuk ketika itu dan mengatakan suaminya itu bersama wanita dikenali sebagai Farah.

Bukan itu sahaja, seorang lagi netizen turut mendakwa terserempak dengan pelawak berkenaan bersama Farah sambil bergambar dengan peminat tanpa segan silu berjalan berdua.

Mungkin sudah lali dengan hal kecurangan suaminya itu, Sera sempat menyindir Shuk dan skandalnya hanya berpura-pura menjadi mangsa sedangkan ramai sudah melihat mereka keluar bersama.

Malah, Sera turut meminta meminta orang ramai yang melihat atau terserempak dengan mereka berdua supaya merakam video dan mengambil gambar sebagai bukti.

Sejak tahun lalu hangat diperkatakan mengenai hal rumah tangga Shuk apabila berlaku curang. Meskipun sudah berusaha memaafkan suaminya, Sera akui terkilan peluang diberikan disia-siakan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Isteri Ded4h Shuk Kant0i D4ting Dengan Sk4ndal Lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*