Bapa P4srah Dan Akhirnya MenjuaI Semua Lembu Miliknya Slps Mnj4di Pvnca Kem4tian Wafi

KOTA BHARU: “Saya terpaksa menjual kesemua 13 ekor lembu berkenaan termasuk lembu kesayangan arwah anak saya.”

Demikian luahan Raja Hishamuddin Raja Yusuf, 29, iaitu bapa kepada Raja Abdul Wafi, 6, yang mavt akibat diseret lembu sejauh 50 meter, dalam kejadian jam 6.40 petang kelmarin di Kampung Rahmat, Jeli.

Katanya, walaupun kesemua lembu dijaga sejak lima tahun lalu, selain menjadi sumber pendapatannya.

Namun dia tidak mampu lagi untuk menjaganya mengenangkan apa yang berlaku pada anak sulungnya.

“Kejadian berlaku di depan mata saya. Saya menyaksikan bagaimana Abdul Wafi diseret sehingga mninggal dvnia.

“Dengan apa yang berlaku itu menyebabkan saya trauma dan tidak mampu lagi menjejakkan kaki ke padang berkenaan selain menguruskan kesemua lembu berkenaan.

“Walaupun sayang dengan binatang berkenaan kerana menjadi sumber pendapatan saya sekeluarga, namun saya terpaksa melepaskannya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Raja Hishamuddin berkata, masih terngiang-ngiang lagi suara anaknya yang meminta dia tidak menjual lembu kesayangannya berusia dua tahun itu.

“Memang saya akui arwah anak saya terlalu sayangkan lembu berkenaan dan hampir setiap hari dia akan bercakap dengan lembu itu seperti bercakap dengan rakan.

“Namun, saya percaya jika kejadian itu berlaku kepada orang lain, mereka juga akan mengambil keputusan sama seperti yang saya akan lakukan,” katanya.

Mengenai penetapan harga lembu berkenaan, Raja Hishamuddin berkata, dia sedang menilai harga lembu terbabit berdasarkan usia dan saiz binatang berkenaan.

“Saya berharap proses penjualan lembu ini berjalan lancar dan ada pembeli yang berminat dengan lembu saya,” katanya.

Dalam kejadian jam 6.40 petang kelmarin, Raja Abdul Wafi meninggal dunia di Hospital Jeli akibat kecederaan parah di kepala berikutan diseret lembu sejauh 50 meter.

Kejadian berlaku ketika mangsa ke lokasi kejadian bersama bapanya untuk mengambil lembu peliharaan mereka.

Bapa kepada anak itu berkata, sudah menjadi rutin setiap hari anak sulungnya itu akan mengikutnya ke padang untuk membawa pulang lembu peliharaannya.

“Setiap petang kami berdua akan bersama-sama ke padang mengambil 13 ekor lembu yang ditambat di lokasi berkenaan kira-kira satu kilometer dari rumah.

“Lembu itu memang menjadi kesayangan anak saya kerana sudah dua tahun kami menjaganya sejak Abdul Wafi berusia empat tahun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, ketika kejadian seperti biasa dia akan mencabut tunggul lembu berkenaan serta yang lain-lain dan akan melepaskannya.

Sementara dia dan arwah anaknya akan mengikut dari belakang dengan menunggang motosikal.

“Bagaimanapun ketika itu, saya yang berada tidak jauh dari lokasi tiba-tiba terkejut melihat arwah sudah diseret lembu berkenaan.

Namun saya tidak boleh mengejarnya kerana bimbang lembu berkenaan lari lebih laju.

“Saya tidak tahu bagaimana lembu berkenaan boleh lari, mungkin ketika itu anak saya sedang bergurau dengan lembu itu menyebabkan binatang itu berlari dalam keadaan tali terbelit pada kaki anaknya.

“Saya hanya menghampiri anak selepas lembu berkenaan berhenti berlari dan ketika itu Abdul Wafi sudah tidak sedarkan diri,” katanya sambil menahan sebak.

Raja Hishamuddin berkata, walaupun sedih dengan kehilangan mengejut anak kesayangannya itu, namun dia reda dengan ketentuan takdir.

“Sejak kebelakangan ini arwah begitu prihatin terhadap lembu berkenaan dan jika saya ke padang tanpa membawanya, dia akan merajuk.

“Lembu itu juga sangat jinak dengan anak saya dan apa yang berlaku itu memang mengejutkan kami sekeluarga.

“Malah sehingga kini keadaan emosi isteri saya masih tidak stabil, lebih-lebih lagi dalam keadaan mengandung,” katanya yang jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Air Lanas, Jeli.

Dalam kejadian jam 6.40 petang semalam, Raja Abdul Wafi meninggal dunia di Hospital Jeli akibat kecederaan parah di kepala berikutan diseret lembu sejauh 50 meter.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:HM

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Bapa P4srah Dan Akhirnya MenjuaI Semua Lembu Miliknya Slps Mnj4di Pvnca Kem4tian Wafi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*