“Y4ng Ini Juga Ternyata Sy4itan” – Fauzi Nawawi

Mungkin disebabkan tidak tahan menerima cacian dan tidak mampu membalas komen-komen netizen gara-gara kontroversi isu kupasan babak lakonannya di dalam filem Anak Halal, pelakon Fauzi Nawawi baru-baru ini terpaksa menutup bahagian komen di laman Instagramnya buat sementara waktu.

“Begitu juga di Twitter, saya tengok ramai maki panggil saya celaka babi. Tak apa, saya terima dengan lapang dada dan tenang walaupun kusut juga fikiran ini,” antara respons Fauzi berkaitan kontroversi tersebut.

Menariknya, walaupun kelihatan seperti berdiam diri di laman IG sendiri, Fauzi sempat membalas satu komen yang mengecamnya di laman IG lain.

“Yang bertanya syaitan, yang menjawab pun syaitan yang berwajah manusia”- netizen.

“Alhamdulillah, yg ini juga ternyata syaitan,” jawapan balas Fauzi kepada komen yang mengatakan dia dan Shuk syaitan itu.

Kurang lebih dua hari selepas memohon maaf dan berkata dia menerima segala caci maki dengan lapang dada dan tenang, mungkin tidak dapat menahan sabar apabila dirinya disamakan dengan syaitan, Fauzi Nawawi turut bertindak menyamakan netizen tersebut dengan syaitan.

Jika ramai yang sensitif dengan panggilan babi, Fauzi Nawawi kelihatannya lebih terganggu dengan panggilan syaitan.

Walau bagaimanapun setelah dua minggu, isu temubual kontroversi ini kelihatannya sudah dianggap selesai dan isteri Fauzi, pelakon Lisdawati turut berterima kasih kepada Raja Farah kerana sudi membalas mesejnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Y4ng Ini Juga Ternyata Sy4itan” – Fauzi Nawawi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*