“Tahu2 Dah Ditukar Pelakon Lain, Tak Ada Sekor Pun Bagitahu” – Amerul Affendi

Pelakon Amerul Affendi meluahkan rasa kesal terhadap produksi tempatan yang telah menggvgvrkan namanya disebabkan perubahan syarat yang terlalu banyak dalam kontrak.

Dedah Amerul, selain ditertawakan oleh pengurus produksi terbabit, dia turut digvgvrkan dan diganti dengan pelakon lain.

“Bila kau ditertawakan oleh pengurus produksi kerana banyak sangat term yang nak diubah dalam kontrak.

“Dan kemudian tahu-tahu dah ditukar dengan pelakon lain tanpa ada sekor pun bagitau. Tengoklah tahap professionalnya industri ni..

“Nasib baik dah jadikan lakonan ni hobi sahaja,” ciapnya.

Amerul dalam masa sama turut berkongsi paparan skrin perbualannya bersama wakil produksi terbabit yang memaklumkan kontraknya masih diproses ekoran terlalu banyak syarat. Turut disertakan emoji ketawa.

Dalam perbualan sama, Amerul menjelaskan dia perlu meneliti kontrak terbabit supaya tidak timbul sebarang isu pada masa akan datang.

Berdepan situasi kurang menyenangkan itu, dedah Amerul dia pernah dip3rli produksi sama sebelum ini sebagai pelakon yang demand.

“Dan ini kali ketiga berurusan dengan pengurus produksi ni… Ingat lagi bagaimana dia menganj1ng waktu di lokasi kata ‘wah bukan main ko ye sekarang demand betul’ sambil kawan-kawan dia ketawa terkekek-kekek.

“Lepas pada projek tu tahu-tahu nama dah dijaja ke merata tempat kata demand melampau.

“Demand-kah kalau menuntut hak yang sepatutnya.. demand-kah kalau masih buka untuk berunding bagi mendapat persetujuan yang baik kedua-dua belah pihak?” tambahnya.

Keluh Amerul lagi, biarpun industri tempang disebabkan wab4k C0VlD-19, sikap dan pemikiran sama masih dibawa oleh penggiat industri hingga kini.

“Ingatkan bila dah terduduk dek kerana p4ndemik dulu akan berubahlah pemikiran dan perangai bila sudah boleh bekerja kembali.

“Rupanya masih sama.. berbuih mulut penggiat-penggiat industri bermuzakarah itu ini di serata platform media sosial untuk menjadikan industri ini kembali sihat selepas pandemik.

“Tapi kenyataannya masih sama dengan modus operandi yang sama.Sampai bila mahu begini?” luah Amerul lagi.

Sebelum ini, Amerul yang aktif menjalankan perniagaan ikan patin sangkar pernah meluahkan rasa kecewa terhadap sikap pilih kasih produksi tempatan yang hanya mengambil pelakon yang punyai jumlah pengikut 500,000 di media sosial.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:https://bartasangbad.site/

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

 

Be the first to comment on "“Tahu2 Dah Ditukar Pelakon Lain, Tak Ada Sekor Pun Bagitahu” – Amerul Affendi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*