‘Sweet’ Gil4! Raf Yaakob Hadiahkan Rumah Baru Untuk Mawar Rashid

Usahawan selebriti Raf Yaakob beri kejutan istimewa buat isteri tercinta Mawar Rashid, dengan menghadiahkan rumah impian semasa sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat semalam.

Cipta Semula ‘Scene’ Melamar
Menurut Raf, usahawan selebriti ini mengimbau semula kenangan dirinya melamar Mawar pada tahun 2017 dalam sebuah rumah yang sepatutnya mereka berdua duduki, namun tiada rezeki rumah tersebut terpaksa dijual sebelum sempat mereka duduki.

Namun pada tahun ini, suami kepada pelakon jelita ini membuat kejutan dengan melakukan semula scene lamaran di dalam rumah impian mereka dengan suasana penuh romantis setelah empat tahun mendirikan rumahtangga.

“9th November. Happy Anniversary my lady.

4 tahun dah kita jalani hidup sebagai suami isteri. Rasa macam baru semalam je abang lamar kepada awak.

Anje sayang, awak lah yang terbaik untuk abang.

Awak melengkapi abang dalam banyak perkara. Abang sentiasa syukur miliki awak dalam hidup abang.

Alhamdulillah.

7/6/2017 abang melamar awak di rumah yang sepatut kita duduk selamanya. Tapi tak ada rezeki, rumah tu kita dah jual sebelum kita sempat duduk lagi.

Tapi pada ulang tahun perkahwinan kita 9/11/2021, abang cipta babak yang sama tapi dalam rumah baru kita.

Alhamdulillah berkat kita dua kerja keras siang dan malam bertahun-tahun, berkat doa ibu kita, keluarga dan kawan-kawan, kita berjaya miliki rumah baru untuk kita dan 4 Raden kita yang hebat tinggal bersama bahagia hingga akhir hayat.

Insyaa’ALLAH.

Love you so much mommy #MawaRaf #TillJannah #EternityLove” Luah Raf buat isteri tercinta

Tahniah Raf dan Mawar semoga rumahtangga kekal hingga Jannah-NYA insyaAllah, Amin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:murai

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

 

Be the first to comment on "‘Sweet’ Gil4! Raf Yaakob Hadiahkan Rumah Baru Untuk Mawar Rashid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*