Rela Pu4sa Supaya Tid4k Peri0d, W4nita Tak M4mpu Beli Pad Ded4h Kemisk1nan H4id

Bagi orang yang berkemampuan, membeli pad atau pembalut period pada setiap bulan mungkin tidak menjadi masalah besar. Namun buat yang mempunyai konflik kewangan, nilai RM5-RM10 setiap bungkus pun boleh menjadi beban buat mereka. Meskipun isu mengenai kemiskinan haid ini jarang diperkatakan, situasi terbabit benar-benar berlaku di Malaysia. Ia turut dialami oleh seorang wanita bernama Endang Hyder.

Dahulunya berkemampuan…Namun semua berubah selepas pandemik melanda

Melalui perkongsikan bersama portal Peduli Merah, dia yang bekerja sebagai seorang pemain biola akui suatu ketika dahulu keluarganya adalah jenis orang berkemampuan. Namun apabila badai Covid-19 melanda ditambah pula dengan kesihatan ayahnya yang kian merosot, sejak itulah kewangan mereka terjejas. Demi survival setiap hari, ibu kepada 3 orang anak ini perlu memikirkan sesuatu memandangkan simpanan duit semakin surut.

Saya gunakan tuala wanita yang tak rengsakan kulit

Dalam keadaan terdesak, dia yang sebelum ini akan melaburkan sekitar RM60 bagi membeli pad pakai buang sedar pembelian itu perlu dihadkan. Mahu atau tidak, dia terpaksa menukar kepada jenama pembalut yang lebih murah iaitu dengan harga RM15. Bukan itu sahaja, Endang juga pernah berpuasa supaya menstruasinya terganggu sekali gus tidak datang haid.

Tujuan mereka baik untuk jangka masa panjang & pendek….Tuala wanita mahal

Siapa sangka di luar sana, rupanya segelintir wanita yang bergelut dengan kemiskinan haid ini lebih memilih jalan untuk mengandung. Ini kerana selama 9 bulan rahim dihuni oleh bayi, mereka tidak akan mengalami uzur. Maka, bekalan pad yang mahal tidak perlu dibeli manakala wang lebihan dapat dibelanjakan untuk keperluan lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Portal Endang Hyder

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Rela Pu4sa Supaya Tid4k Peri0d, W4nita Tak M4mpu Beli Pad Ded4h Kemisk1nan H4id"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*