Ris4u Aur4t Adik Ters1ngkap, Ustazah Oki Setiana Dewi Terus L4ri Betulkan Gaun

Meskipun berasal dari seberang, namun nama Ustazah Oki Setiana Dewi turut tidak asing di Malaysia. Malah pendakwah selebriti itu juga sering dijemput ke negara ini untuk mengendalikan ceramah. Terbaru adik bongsunya yang juga seorang YouTuber terkenal, Ria Ricis baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan cukup mewah bersama Teuku Ryan.

Sempat mengenakan 3 persalinan pakaian…Gaun putih dipakai pakai fabrik khas terus kembang

Ibarat seorang puteri dan putera raja, majlis resepsi idaman wanita berusia 28 tahun itu terlaksana dengan lancar. Pasangan pengantin berkenaan sempat mengenakan 3 persalinan pakaian dan salah satunya merupakan gaun putih yang begitu indah. Mana tidaknya, rekaan bawah seperti menggunakan fabrik khas bagi memastikan bentuknya terus dalam keadaan kembang.

@neng_asri01 “nahh😂♥️” #thericis #riaricis #ricistr #teukuryantr ♬ original sound – Focus Music

Kakak idaman sangat kan Ustazah Oki…Risau aurat adik terdedah, terus lari betulkan gaun

Sepanjang majlis berkenaan berlangsung, Ustazah Oki tetap setia memerhatikan gerak-geri adiknya supaya tidak timbul sebarang masalah. Menerusi satu rakaman, wanita tersebut dilihat terus berlari menaiki pelamin sewaktu gaun yang dipakai Ria sedikit tersingkap sehingga hampir memperlihatkan auratnya.

@tanteismi

Kaka idaman banget ga sih mba Oki 😭🥲

♬ suara asli – Follow ig : @isminhdyh

Beruntung Ria Ricis ada kakak dan keluarga yang sayang sangat kat dia…Ustazah Oki pantau je adik dia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen begitu terharu dengan keprihatinan ditunjukkan seorang kakak. Dalam pada itu, ramai juga meluahkan rasa gembira melihat Ria kini sudah selamat bergelar seorang isteri.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:TikTok tanteismi & neng_asri

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Ris4u Aur4t Adik Ters1ngkap, Ustazah Oki Setiana Dewi Terus L4ri Betulkan Gaun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*