Tah4n M4lu Gaun Isteri Terl0pong At4s Pel4min, Cameraman P4nik Alihkan Rakaman

Sebaik atau seteliti mana pun perancangan yang sudah dibuat agar majlis perkahwinan berjalan sempurna tanpa kekurangan, kadangkala boleh terjadi banyak insiden melucukan kepada pengantin. Bagi mempelai perempuan yang selalunya menjadi tumpuan mata-mata tetamu, pastinya wujud rasa gemuruh memikirkan 1001 perkara termasuklah cara hendak berjalan, kecantikan baju, makeup atau posisi duduk di atas pelamin.

Gaun ‘terapung’ masa cuba duduk di atas pelamin…Perlu bata bata agaknya

Bagi seorang YouTuber terkenal bernama Ria Ricis ini juga, dia tidak terkecuali berhadapan dengan situasi panik ketika bersanding. Saat sedang cuba duduk di kerusi, gaunnya yang terlihat seperti fabrik keras tiba-tiba ‘terlopong’ sehingga menampakkan bahagian dalam kakinya. Menahan malu disaksikan oleh ramai tetamu lain, suaminya iaitu Teuku Ryan juga pantas cuba menutup dan membetulkan semula keadaan busana kembang berkenaan.

@heyooogurlss Balas @heyooogurlss capek sama kelakuan icis 😂😂 #riaricis1795 #riaricis #teukuryantr #ricistr #halaqahcintaricisryan ♬ Dj BonBon Remix – 𝙁𝙝𝙖𝙖 || • 𝐍𝐏

Pemotongan kek bentuk istana yang bersaiz besar

Lucu sekali, MC yang sedang mengacara sempat pula berseloroh gaun berkenaan harus diletakkan batu bata sebagai pemberat. Dalam pada itu, kemewahan perkahwinan mereka terus menjadi bualan ramai apabila video sekitar resepsi berlangsung sudah viral tanpa henti di TikTok. Melihat saiz kek mereka yang besar dengan bentuk istana sahaja sudah cukup menggambarkan kos keseluruhan untuk melangsungkan hari istimewa tersebut.

@fhaat09 Wedding cake 🖤#halaqahcintaricisryan @riaricis @teukuryantr ♬ Marry Your Daughter – Brian McKnight Jr.

Gaun mahal memang macam tu…Mungkin sebab kawat kabel…Cameraman panik

Selain memuji kecantikan Ria, netizen juga berpendapat dia sepatutnya memilih pemaian gaun yang lebih simple agar mudah bergerak sepanjang majlis. Dalam pada itu, mereka terhibur dengan respon MC dan kepanikan jurukamera yang terlihat cuba mengelak rakam kejadian tersebut.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:TikTok fhaat09heyoogurlsss,

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Tah4n M4lu Gaun Isteri Terl0pong At4s Pel4min, Cameraman P4nik Alihkan Rakaman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*