Lawak ‘TerI4mpau’, Puteh Mohon Maaf Kepada Dato’ Seri Najib Dan Isteri

Rancangan Maharajalawak Mega 2021 menampilkan kumpulan Puteh telah melakonkan aksi lawak terIampau pada minggu lepas.

Kumpulan tersebut meniru watak Dato’ Seri Najib Razak dan isteri telah menerima ‘k e c a m a n’ bertalu-talu dari warganet.

Terkesan dengan ‘k e c a m a n’, kumpulan Puteh mengambil keputusan untuk bertemu dengan Dato’ Seri Najib dan isteri bagi memoh0n maaf atas kekhilafan mereka.

Shahrol ‘Shiro’ mengambil inisiatif untuk mempertemukan kumpulan Puteh dengan Dato’ Seri Najib di kediaman Dato’ Sri Mohamad Ali di Klebang.

Ali Puteh yang ditemui selepas bertemu Dato’ Seri Najib menyatakan kekesalan atas aksi mereka.

“Saya dan kawan-kawan saya yang berjuang di pentas Maharaja Lawak Mega mengaku kekhilafan kami di atas pentas itu yang memegang watak Dato’ Seri (Najib) dan Datin Seri (Rosmah) di atas pentas lawak.

“Niat kami sebenarnya adalah untuk menghiburkan, sebaliknya terjadi sedemikian kekhilafan yang berlaku,” katanya dalam satu perjumpaan bersama Najib di Baitul Tariq, Klebang Permai, malam tadi.

Mewakili kumpulan Puteh, Ali meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia yang menyaksikan persembahan mereka.

Sementara itu, Dato’ Seri Najib yang ditemui kumpulan Puteh malam tadi menerima permoh0nan maaf secara terbuka itu dan berharap ia menjadi pengajaran kepada semua pihak.

“Saya terima tindakan memoh0n maaf sebab saya merasakan tiada niat nak mengaibkan saya dan isteri saya. Mudah-mudahan menjadi pengajaran, kita banyak bahan lain tapi bila pemimpin itu dijadikan sebagai tajuk atau mauduk jadi bahan ketawa.

“Kali ini saya maafkan dan kita lihat ke hadapan ya,” katanya.

Najib mengakui watak yang dimainkan Puteh di pentas Maharaja Lawak Mega itu hanya bahan lawak semata-mata meskipun mendapat reaksi negatif daripada orang ramai.

“Tetapi tafsiran sebaliknya, saya difahamkan reaksi daripada orang ramai mereka tak senang hati membantah sebenarnya persembahan tersebut,” katanya lagi.

Video penuh permoh0nan maaf kumpulan Puteh.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:MYKMU, Malaysia Gazette Youtube Mytv Online 

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Lawak ‘TerI4mpau’, Puteh Mohon Maaf Kepada Dato’ Seri Najib Dan Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*