Kontr0versi ‘Cinta 3 Segi’ Mak Dan Ank, Shidee Ded4h Lama Dapatkan Restu Mentua

Sama seperti bintang-bintang otai lain, kemunculan semula Shidee di pentas ‘Gegar Vaganza 8’ Ahad lalu ternyata mendapat sambutan hebat daripada peminat dan juri. Perkembangan positif terhadap persembahan tempoh hari semestinya menaikkan lagi semangat penyanyi era 80-an itu menjelang minggu berikutnya.

Dulu ramai orang kata saya bercinta dengan mak mentua…tapi sebenarnya tak wujud pun (minit 0:38)

Namun begitu, kisah perkahwinannya dapat tentangan mentua gara-gara kontroversi ‘cinta 3 segi’ dengan isterinya pula dibangkitkan segelintir peminat. Menerusi temu bual eksklusif, Shidee atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab menafikan pernah menjalin hubungan cinta dengan ibu mentua sendiri pada 11 tahun lepas.

Makan masa berbulan-bulan juga nak perbaiki…Alhamdulillah hari ini semua okay (minit 2:15)

Menganggapnya sebahagian daripada perjalanan hidup, Shidee akui bersyukur apabila segala kemelut antara mereka dapat diatasi dengan baik. Biarpun makan tempoh masa agak lama untuk berbaik, namun hubungan keluarganya bersama ibu mentua kini semakin harmoni.

Terpalit kontroversi emak dikatakan pendam cinta…tapi kahwin dengan anak

Terdahulu pada 2010, penyanyi yang popular dengan lagu “Sayang Semuanya Sudah Terlambat” itu terpalit kontroversi apabila perkahwinannya bersama Siti Fairunnisa berumur 22 tahun ketika itu tidak direstui keluarga belah perempuan. Kontroversi mula tercetus apabila Shidee awalnya dikatakan berkenalan dengan ibu mentuanya, namun nekad mengahwini si anak pula. Sehingga kini, rumah tangga mereka telah dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:YouTube mStar Online Malaysia

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Kontr0versi ‘Cinta 3 Segi’ Mak Dan Ank, Shidee Ded4h Lama Dapatkan Restu Mentua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*