“Lets Go Bvat Now..”Caprice Kongsi Video Ditanya Soal Anak Bvat Ramai Terkejvt

SEJAK mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis atau Elis dua minggu lalu, nama Caprice kembali menjadi tumpuan ramai.

Bukan sahaja Caprice, bahkan Elis dan anaknya, Aleesya Sofea juga turut terkena percikan populariti tersebut.

Selain soalan tentang pengalaman menjadi bapa ‘segera’, dia turut dihujani pelbagai pertanyaan mengenai perancangan untuk menimang anak.

“Ini antara soalan paling banyak saya terima dan jika nak tahu, tanyalah pada Elis,” katanya yang menjawab soalan peminat dalam Instagram baru-baru ini.

Jawab Elis: “Mungkin setahun atau dua tahun lagi.”

Nampaknya peminat pula yang tidak sabar untuk melihat Caprice ‘junior’ ya.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Perfume Mafia 🧢🍚 (@signbycap)


Sabar ya semua, katanya, sekarang nak bina semula bisnes yang sedikit ‘jatuh’ selepas dia pulang dari Amman, Jordan baru-baru ini.

Sumber: Kosmo.

Baru Je 5 Hari Kahwin Caprice Dah Sedih. Rupanya Ini Yang Berlaku Pada Anak Dan Isterinya.

Baru 5 hari bergelar suami dan bapa, penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dilihat kerap berkongsi kebersamaan bersama anak tirinya dikenali sebagai Aleesya Sofea. Menerusi perkongsian dia dan isteri, Farra Inalis di media sosial, Caprice dilihat begitu akrab dengan kanak-kanak berusia 5 tahun itu.D

Ada lagi warganet yang dok kritik

Walau bagaimanapun, masih ada mulut-mulut puaka yang ‘mengusik’ keakraban mereka sehingga ada yang menyentuh perihal adab seorang anak dan mengaitkan dengan didikan yang diberikan orang tua. Sudah tentu ia membuatkan Caprice dan isteri berasa kurang selesa memandangkan anak perempuan mereka baru sahaja berusia 5 tahun dan mereka juga sedang saling belajar untuk memulakan kehidupan bersama.

Ralat rasa bila isteri sedi

Jadi, menerusi perkongsian terbaru influencer tersebut diruangan Instagram, dia telah meluahkan sedikit rasa ralat apabila isterinya sering bersedih kerana ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab sesuka hati mengkritik anak mereka lebih-lebih lagi ketika berkongsi video kanak-kanak itu duduk di bahu Caprice. Menurutnya, Elis sering menegur Aleesya yang dipanggil ‘adik’ jika dia mulai bertindak lebih dari kawalan, namun Caprice sendiri yang membiarkan kerana dia masih lagi kanak-kanak.

Boleh cakap apa pasal Caprice & isteri tapi jangan anak

Dalam pada itu, influencer berkenaan juga memohon maaf andai ada yang kurang senang melihat dia melayan ‘adik’ kerana dia mahu anaknya membesar seperti kanak-kanak lain. Walaupun sedar baru mendapat gelaran ayah, namun dia akan berusaha sebaiknya untuk mendidik anak tersayang hingga akhir hayatnya. Di akhir penulisan itu, Caprice sempat menegaskan bahawa sesiapa sahaja boleh berkata tentang dirinya atau isteri, namun diharap tidak menyentuh anak mereka.

Ni bonding time, apa la pergi kritik

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata bersetuju dengan Caprice dan berharap agar tiada warganet yang mengecam anak mereka kerana masing-masing mempunyai cara tersendiri mendidik anak-anak. Mereka juga berharap agar keluarga yang baru terbina ini terus bahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Masih lagi tak faham kenapa ada orang suka cari pasal

Biarkan je apa orang nak kata

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Oh My Media

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Lets Go Bvat Now..”Caprice Kongsi Video Ditanya Soal Anak Bvat Ramai Terkejvt"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*