Ex Wife PU Tak Tvntut Banglo, Ini Yg Dia Sempat Bvat Kat Rumah Tu Sebelum Dit4lak – ‘Y4ng Dih4ramkan Jika Awak Tingg4l Dengan Si Dia’

Sebelum ini, kisah pertikaian sebuah rumah banglo milik seorang bekas Pencetus Ummah dan bekas isterinya, Ain telah menjadi perhatian ramai. Bukan itu sahaja, pertikaian tersebut nampaknya tidak berakhir dengan baik kerana masing-masing dikatakan mengambil keputusan untuk membiarkan begitu sahaja rumah banglo milik mereka berdua.

Dah janji tak nak nangis

Baru-baru ini, Ain menerusi IG Story miliknya mendakwa dia telah kembali ke rumah banglo tersebut setelah 9 bulan tidak menjejakkan kaki ke sana. Difahamkan, tujuan Ain ke banglo tersebut adalah untuk mengambil beberapa barang malah wanita ini juga sudah berjanji pada dirinya bahawa dia tidak akan mengalirkan air mata saat berada di rumah itu. Ain mengakui meskipun rumah itu sudah lama tidak dihuni namun segala barangan di dalamnya masih elok kecuali lantai sedikit kotor.

Saya yang cat, saya yang pasang lantai ni. Semua lah saya buat sendiri sebab nak bahagia diri sendiri dan dia. Tapi rupa-rupanya sia-sia. Tak apa lah, Allah nilai semua usaha saya. Saksi adalah anak kami.

Yang paling sebak, sehari sebelum lafaz saya masih sibuk mengemas mengecat ruang ini untuk anak-anak. Allah dah kata sia-sia tapi saya buat juga sebab saya tak tahu benda nak jadi.

Dakwa Ain lagi, meskipun ramai berpendapat bahawa banglo itu wajar dituntut di mahkamah, namun dia mengakui tidak sampai hati menganiaya bekas suaminya. Sebaliknya dia bersyukur kerana bekas suami tidak mengabaikan nafkah terhadap anak-anaknya.

Luahan Ain

Dakwa pihak sana enggan sewakan rumah

Menerusi hantaran terbaru, Ain mendakwa pernah mencadangkan kepada ‘pihak sebelah sana’ supaya menyewakan banglo tersebut. Wang hasil sewaan itu kemudian diberikan kepada anak-anak mereka tapi sayangnya cadangan itu ditolak.

Alasannya mereka minta saya balik hujung-hujung minggu untuk tinggal di sini. Kami dah tak ada apa-apa hubungan. Tak logik kan untuk terus tinggal di rumah penuh kenangan buruk ni? Adakah mereka nak koyakkan mental saya?

Dalam kesempatan itu, Ain mendakwa tidak pernah ‘mengharamkan’ bekas suaminya itu masuk ke banglo berkenaan. Sebaliknya, dia hanya tidak membenarkan bekas suaminya itu menetap di rumah itu bersama ‘si dia’. Dakwa Ain, rumah tersebut merupakan hasil titik peluhnya sendiri, oleh itu adalah tidak wajar apabila orang ‘asing’ menetap di situ.

‘Ini last saya cerita pasal rumah tu’

Terdahulu Wanita Dakwa Bekas Suami PU Nak Roboh Banglo Gara-Gara Dibina Atas Tanah Miliknya
Baru-baru ini, seorang lelaki yang dikatakan bekas peserta Pencetus Ummah (PU) didakwa telah memuat naik satu status di mana dia sedang mencari perkhidmatan untuk merobohkan sebuah rumah lama dalam masa terdekat. Namun begitu, akaun media sosial PU tersebut dipercayai sudah dinyahaktifkan.

Susulan daripada itu, persoalan mengenai status rumah yang dimaksudkan oleh PU tersebut akhirnya terbongkar apabila bekas isteri PU tersebut mengaku bahawa ianya mengenai rumah mereka.

Rumah yang ‘hangus’

Saya telah mendapat satu permintaan daripada seseorang untuk melihat rumah yang “Hangus” atas sebab dibina di atas tanah bekas suami. Hari ini baru saya tergerak hati nak letak. Sebab nak post pun perlu ada kekuatan. Saya tak nak tuntut apa-apa sebab saya dah penat naik turun mahkamah. Dia pun pernah up status untuk runtuhkan rumah ini. Bagi saya, silakan buat apa sahaja yang dia nak. Mungkin dia tak rasa macam mana susahnya untuk keluarkan duit sampailah tertegaknya rumah ini dah isinya.

Sebab itu mudah dia nak runtuhkan. Bayangkan kalau dia yang keluar duit untuk rumah ini? Mahu dia simpan rumah ini untuk keturunannya. Tak apalah, hari ini Allah telah uji saya dengan mengambil harta saya. Tapi saya yakin tak dapat dekat dunia, Allah akan gantikan saya dengan sebuah rumah di syurga nanti. Pengajaran, isteri kalau ada harta, cipta harta sendiri. Sebab kita tak tahu jodoh kita dengan dia sampai bila.

Menurut wanita yang bernama Ain, rumah tersebut dipercayai dibina menggunakan wangnya dan ianya didirikan di atas tanah bekas suaminya. Oleh itu, Ain berpesan kepada para isteri di luar sana agar mengumpul harta sendiri sekiranya jodoh mereka bersama pasangan tidak kekal sehingga akhir hayat.

Silakan buat laporan polis, supaya semua orang tahu kebenaran yang terjadi dan siapa dalang keretakan rumah tangga ini.

Masuk perangkap sendiri

Tapi tu la. Dia memang silap pergi up status nak robohkan rumah. Ada tak selama ni saya kacau hidup dia sehingga dia sendiri up status untuk runtuhkan rumah “batu”. Tu dah macam ugutan jenayah sebab kes belum bicara di mahkamah. Dia yg mulakan pergi public benda ni. Dia yang dedah dulu. Lepas itu saya pula yang kena. Tu satu jenayah sebab mahkamah belum putuskan. Nak lakukan sabotaj pada harta orang. Dia sendiri up status nak robohkan rumah “batu”. Tak ada siapa paksa dia buat status tu.

Bila kena serang, dia nak buat report. Maknanya dia secara tak langsung mengaku status ugutan sabotaj itu dia yang buat sendiri. Dengan kata lain, dia dah masuk perangkap sendiri. Buat ugutan jenayah untuk buat sabotaj pada harta orang boleh kena reman. So bagus la awak buat report. Awak serah diri pada polis. Selamat beraya dalam lokap. Dan khusus untuk kerabat awak yang tiba-tiba serang saya kat wall saya, selama ni awak pernah tanya apa masalah saya? Ada pernah call? Wasap? Or datang rumah? So awak pun hanya dengar sebelah pihak sahaja.Mana tabayyun yang awak belajar? Main terjah wall orang dan buat huru hara menambahkan lagi api. Awak nak saya tunjuk fail PU kenapa saya mohon cerai? Saya boleh bagi. Tapi lepas saya bagi, awak kena up di wall supaya semua orang baca. Berani tak?

Di samping itu, Ain mendakwa status bekas suaminya itu seakan berbaur ugutan memandangkan isu rumah mereka belum dibicarakan di mahkamah. Malah, dia juga tidak kisah seandainya bekas suaminya itu mahu membuat laporan polis berhubung semua rahsia yang telah terbongkar ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:instagram

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Ex Wife PU Tak Tvntut Banglo, Ini Yg Dia Sempat Bvat Kat Rumah Tu Sebelum Dit4lak – ‘Y4ng Dih4ramkan Jika Awak Tingg4l Dengan Si Dia’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*