“Tak M4mpu Beli Pampers Dan Susu, Elis ‘Depr3ssed’ Men4ngis Setiap Malam” – Farra Inalis Mula Bvka Cerita Apa Yg Berl4ku Sebelum K4win Dgn Caprice

Isteri kepada penyanyi rap, Caprice, Farra Inalis mengakui kehidupan sebagai seorang berstatus janda dan ibu tunggal benar-benar menc4bar.

Farra Inalis atau lebih mesra dengan panggilan Elis berkongsi perkara itu menerusi coretan panjang di akaun Instagramnya.

Menurut Elis, saat penceraian merupakan pengalaman paling pahit buat dirinya lebih-lebih lagi apabila status janda itu sering dipandang serong oleh masyarakat.

“Sedikit perkongsian tentang perjalanan hidup Elis hanya bertujuan untuk memberi semangat kepada ibu tunggal di luar sana atau wanita-wanita yang rasa diri mereka tak cukup bagus dan hilang keyakinan diri.

“Elis pasti semua yang pernah merasai perpis4han atau bercer4i memang pengalaman paling pahit untuk di telan.

“Ibarat jatuh ke lubang yang paling dalam dan gelap, hilang segala hala tuju, terasa dunia gelap gelita serta merta. Paling sedih bila “janda” selalu dipandang serong oleh sesetengah pihak!” coretnya.

Bercerita lanjut mengenai kehidupannya, Elis berkongsi dia pernah melalui kesusahan sehingga mengalami d3presi.

“Elis start dari zero, pernah hanya ada duit RM15 dalam purse dan pergi mamak untuk beli nasi goreng (makan half petang, half malam) untuk survived.

“Diri ni rasa useless gila, tak boleh beli mainan untuk anak dan Elis terpaksa sacrifice untuk beri hak jagaan anak pada my ex demi kebaikan dia.

“Sebab Elis tak mampu untuk beli pampers and susu adik time tu, pergi kerja naik motor, sebab memang tak boleh nak afford minyak kereta. Elis d4pressed, menangis setiap malam,” kongsinya.

Tidak cepat mengalah, Elis bagaimanapun berusaha memperbaiki kehidupannya tanpa putus asa.

“Aleesya ibarat malaikat yang Allah pinjamkan untuk bagi kekuatan supaya Elis terus usaha dan berjuang tanpa rasa putus asa.

“Elis pernah kerja berdiri depan bank untuk bagi brochure, Elis pernah pergi ketuk pintu rumah-rumah flat untuk cari sales,

“Elis pernah jaga booth dalam Tesco kejar-kejar customer, pernah naik moto dalam hujan atau panas. Kereta nak kena tarik sebab tak bayar 3 bulan ++.

“Macam-macam lah! Kalau fikir balik memang tak masuk akal dan tak tahu macam mana Elis boleh hadap smua ni. “Tapi satu benda Elis nak beritahu… Percayalah, setiap dugaan yang kita lalui tu akan melonjakkan kita ke level lain, pemikiran akan lebih matang!

“Sesiapa sahaja boleh berjaya, boleh capai apa yang mereka impikan. Paling penting USAHA! Jangan pernah ragu dengan janji Allah.

“Dia tak pernah men1pu… Alhamdulillah, rupanya Allah nak bagi rezeki yang melimpah ruah selepas segala kepahitan yang Elis lalui sebelum ini.

“Setiap orang dugaan berbeza, yang tengah ada masalah sekarang. Elis faham sangat apa korang rasa, Elis doakan korang sabar dan kuat okay,” coretnya.

Terdahulu, foto Caprice yang sedang menyarung cincin di jari manis seorang gadis mencetuskan pelbagai pertanyaan netizen.

Berita tersebut pada mulanya dikongsi oleh individu bernama Yasser Khan menerusi ruangan Insta Story miliknya.

Bagaimanapun perkongsian itu dikongsikan semula oleh penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz.

Seakan mengesahkan berita gembira itu, Caprice kemudiaannya berkongsi sepotong video daripada majlis pernikahannya bersama Elis di akaun Instagramnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Tak M4mpu Beli Pampers Dan Susu, Elis ‘Depr3ssed’ Men4ngis Setiap Malam” – Farra Inalis Mula Bvka Cerita Apa Yg Berl4ku Sebelum K4win Dgn Caprice"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*