“Ini Perkahwinan Pertama Saya..” – Uqasha Terus Jel1ng Bila Dengar Ayat Suami

Diam-diam naik pelamin, itulah yang boleh digambarkan mengenai Kamal Adli dan Uqasha Senrose susulan telah selamat diijab kabulkan dalam sebuah majlis tertutup pada 5 November lalu di Janda Baik, Pahang. Pada hari bermakna tersebut, kedua-dua mempelai saling tak tumpah seperti putera dan puteri klasik dengan busana tradisional daripada kain songket berona ungu.

Uqasha Senrose luah, kalau boleh nak kahwin sebelum masuk umur 30 tahun

Menerusi video temu bual khas, kedua-dua mempelai jelaskan terpaksa menunda tarikh asal nikah yang sepatutnya berlangsung pada Jun lalu berikutan PKP. Justeru mereka mengambil keputusan untuk bernikah terlebih dahulu pada hujung November, manakala majlis resepsi pula dilakukan pada kemudiannya. Dalam pada itu, Uqasha Senrose juga memaklumkan hajatnya kepada Kamal Adli untuk berkahwin sebelum masuk umur 30 pada tahun hadapan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini)


Uqasha hajat bawa Kamal Adli honeymoon di Tanah Suci

Pelakon drama ‘Setelah Terlafaznya Akad’ ini juga memilih Tanah Suci menjadi destinasi bulan madu mereka. Hal ini kerana, Uqasha Senrose berhajat membawa suaminya first time menunaikan umrah. Kali terakhir pergi ke sana, dia juga pernah menyelitkan nama Kamal Adli ketika berdoa di hadapan Kaabah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WEDLOCX.Co (@wedlocx.co)


Kamal Adli kena jeling dengan isteri…gara-gara sebut ini perkahwinan pertama

Namun apa yang paling mencuit hati adalah bila mana Kamal Adli menitipkan ucapan sempena pernikahan mereka. Gara-gara menyebut ungkapan ini perkahwinan kali pertama dirinya, Hero Remaja 2007/2008 itu terus dijeling oleh isterinya. Namun, konteks sebenar dimaksudkan oleh Kamal adalah semoga pernikahan ini menjadi yang pertama dan terakhir buat kedua-dua mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:YouTube Astro Gempak, IG wedlocx.co & rizmanruzaini

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Ini Perkahwinan Pertama Saya..” – Uqasha Terus Jel1ng Bila Dengar Ayat Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*