Suami Sugul Isteri Dan 8 Anak Aj4l, Rupanya Seminggu Lepas Ada Tanya Benda Pel1k

Berada dalam sebuah kereta jenis Proton Wira yang sedang berhenti di lorong kecemasan di Lebuhraya Elite menghala ke Shah Alam, khabar duka menimpa keluarga ini apabila 9 orang daripada mereka terkorban selepas diheret oleh lori trelar. Ini melibatkan seorang ibu bernama Norul Naziah (37 tahun) beserta 8 orang lagi anaknya, termasuklah bayi berusia 10 bulan.

Tersentak saya bila diberitahu hanya abang ipar sahaja yang selamat

Difahamkan, sebelum itu Norul Naziah sempat menghantar kiriman mesej kepada adik perempuannya memaklumkan tentang kenderaannya yang rosak akibat dimasuki air banjir. Ketika itu, mereka juga dalam perjalanan pulang dari menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Melaka dan sedang menunggu bantuan tiba. Mendapat perkhabaran pilu itu daripada pihak bomba, perasaanya seakan-akan retak seribu.

Kakak tanya sama ada saya sedih atau tidak jika dia tiada? Tak sangka itu bayangan

Seakan-akan menjadi petanda awal ‘pemergian’, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul ini mendedahkan kakaknya pernah bertanyakan soalan pelik pada seminggu lalu. Salah satu daripada adalah berkata mahu ‘mengikut’ adik mereka yang sebelum ini sudah pergi selamanya akibat Covid-19.

Tak sangka perjumpaan kelmarin adalah pertemuan kali terakhir

Sementara itu, Faiz (14 tahun) akui gagal menahan sebak selepas kehilangan seorang ibu dan 8 adik beradik serentak. Tidak berada di tempat kejadian, remaja berkenaan juga begitu tak menyangka pertemuan pada kelmarin menjadi detik terakhir dia melihat bonda tersayang. Dalam insiden menyayat hati ini, pihak penyelamat dilaporkan menggunakan peralatan khas dan kren dalam proses mengeluarkan jasad yang terlibat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Facebook Cik Puan Aiesyah & Harian Metro

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Suami Sugul Isteri Dan 8 Anak Aj4l, Rupanya Seminggu Lepas Ada Tanya Benda Pel1k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*