Bayaran BKC Fasa 3 Bermula Isnin Ini

Pembayaran Fasa 3 Bantuan Khas C0VID-19 (BKC) sebanyak RM300 akan dibuat pada Isnin ini (20 Dis) melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40, kata Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana menteri berkata dengan pembayaran itu, lengkaplah nilai bantuan di bawah BKC berjumlah RM4.6 bilion yang menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembayaran BKC sedikit sebanyak meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik C0VID-19.

“Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan ini menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bayaran BKC akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank bagi penerima yang mempunyai akaun bank.

Bayaran untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak) pula akan dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bank berkenaan akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa.

Pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 BKC telah diselesaikan pada September dan November lepas dengan peruntukan RM3.4 bilion untuk hampir 10 juta penerima.

Semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC,https://bkc.hasil.gov.my selain bagi mendapatkan maklumat lanjut termasuk kriteria penerima dan nilai bantuan yang diterima.

BKC adalah bantuan tunai langsung yang disediakan kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19

Di bawah BKC, kategori miskin, isi rumah akan menerima RM1,300; warga emas bujang/tiada pasangan (RM500) dan bujang (RM500).

Bagi kategori B40, isi rumah akan menerima RM800, warga emas bujang/tiada pasangan (RM200) dan bujang (RM200) manakala kategori M40, isi rumah layak menerima RM250, warga emas bujang/tiada pasangan (RM100) dan bujang (RM100).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:MYKMU

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Bayaran BKC Fasa 3 Bermula Isnin Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*