“Mungkin Dia Boleh Diselamatkan…”- Fitn4h Arw4h, Respons Keluarga Pemandu Lori Buat R4mai Seb4k

Baru-baru ini tular sebuah video berdurasi 48 saat di aplikasi TikTok memaparkan seorang wanita menuduh seorang pemandu lori mabuk selepas melanggar beberapa buah kenderaan di kawasan berhampiran Kilang Daikin.

Bagaimanapun, pemandu lori tersebut yang dikenali sebagai Ahmad Sukri telah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Sungai Buloh.

Adiknya, Mohd Azmi berkata, jika fitnah itu tiada, mungkin abangnya boleh dihantar lebih awal ke hospital dan mungkin berjaya menyelamatkan nyawanya.

Dia berkata, dia amat sedih dan terkilan dengan tindakan individu terbabit yang menyebar fitnah yang menjatuhkan maruah abangnya.

Katanya, dia dimaklumkan oleh kakaknya bahawa ada beberapa individu yang berada di lokasi mahu membantu arwah pada mulanya, namun tidak jadi berbuat demikian selepas mendengar fitnah daripada individu berkenaan.

“Selepas video itu tular, saya ada membaca komen di media sosial mengenai insiden itu selepas punca kemalangan terbabit dijelaskan dan boleh dikatakan kebanyakannya (komen) mendoakan arwah abang, namun ada juga komen yang menyalahkan dia.

Keluarga pemandu lori

Rakan sekerja arwah bagitahu video tu tular. Ada komen yang kecam arwah kata kalau dah tahu sak1t jantung sepatutnya dia berhenti di tepi jalan.

“Saya yakin jika abang boleh tahan sakit, pasti dia akan berbuat demikian tetapi siapa yang tahu derita kesakitan dilaluinya ketika itu,” katanya.

Menurutnya, dia sudah berbincang dengan ahli keluarga yang lain untuk membuat laporan polis berhubung komen kecaman berkenaan, penyebar video terbabit serta individu yang memfitnah abangnya.

“Pada mulanya kami tidak berhasrat untuk mengambil apa-apa tindakan namun selepas membaca komen-komen sedemikian, saya rasa kami perlu bertindak.

“Disebabkan itu, kami mahu membuat laporan polis berhubung perkara terbabit bukan kerana niat kami untuk menghukum mereka tetapi sebaliknya mahu ia dijadikan pengajaran kepada semua orang,” katanya.

Tambah Azmi, 37, dia dimaklumkan mengenai kemalangan menimpa abangnya itu kira-kira jam 12 tengah hari, Isnin sebelum bergegas ke hospital berkenaan.

@utusantvofficial #alfatihah, salam takziah buat keluarga arwah. Min minta maaf sengaja tak blur muka untuk anda nilai sendiri tuduhan wanita tersebut. #fyp #foryou #viralnewsmalaysia #beritaditiktok ♬ Sad Music – Max-Music

Tular Video Suami Isteri Mengaku Tak Bersalah

Sepasang suami isteri menafikan bahawa mereka merupakan perakam video membabitkan seorang pemandu lori yang terkena serangan jantung semasa memandu di kawasan berhampiran Kilang Daikin.

Lelaki berkenaan berkata dia hanya memuatnaik semula video tersebut di akaun TikToknya selepas menerima video itu melalui aplikasi WhatsApp.

Malah, isteri kepada lelaki berkenaan turut meminta maaf kepada keluarga pemandu lori terbabit serta menegaskan bahawa dia tidak merakam video tersebut.

@utusantvofficial Mereka bukan orang pertama upload video ke TikTok, jangan mudah tuduh. Bertabahlah @mubarakkhan1535 #beritaditiktok #viralnewsmalaysia #foryou #fyp ♬ Ya Allah – Wali

Menceritakan mengenai keperibadian abangnya, Mohd Azmi berkata, arwah yang masih bujang adalah seorang individu yang baik kepada keluarga.

“Malah, abang ada membantu menyara kakak serta empat anaknya dari segi kewangan selepas kematian abang ipar pada 2017.

Dalam pada itu, Azmi berkata kehilangan abangnya memberi impak yang besar buat keluarga mereka kerana kebaikannya dalam membantu menyara keluarga dari segi kewangan.

Azmi turut memaklumkan jenazah Ahmad Sukri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu, selepas Asar, semalam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Tiktok Utusan TV

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Mungkin Dia Boleh Diselamatkan…”- Fitn4h Arw4h, Respons Keluarga Pemandu Lori Buat R4mai Seb4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*