Alhamdullilah. Tarlkh Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia FasaSatu Diumum. Ini Cara Sem4kan Supaya Anda Tak Terlepas

Kuala Lumpur – Bantuan Keluarga Malaysia BKM pada tahun ini akan memberi manfaat kepada lebih 9.6 j.uta penerima dengan peruntukan sebanyak RM 8.2 b.ilion, kata M.enteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, jumlah ini meningkat daripada 8.6 j.uta penerima dengan peruntukan sebanyak RM 7 b.ilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat BPR pada tahun lalu.

“Bagi mengurangkan golongan yang tercicir, data yang berikut akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut syarat yang ditetapkan,” katanya sempena pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN di Jalan Duta pada Sabtu.

Data itu ialah penerima BPR 2021, penerima Bantuan Khas C.ovid 19 BKC B40 2021 dan pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin.

Selain itu, data agensi kerajaan yang lain merangkumi data e-Kasih, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, penghuni Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, orang asli Jabatan Kemajuan Orang Asli, gelandangan berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM serta DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan Perkeso dan penerima zakat atau Baitulmal di Lembah Klang.

Tengku Zafrul berkata, sehingga 7 Januari lalu, LHDN telah menerima sebanyak 1,429,262 permohonan baharu dan daripada kemas kini BKM.

“Daripada angka ini, sebanyak 355,071 merupakan permohonan baharu manakala 1,124,191 adalah permohonan kemas kini BKM,” ujarnya.

Beliau berkata, tempoh pendaftaran baharu dan kemas kini BKM ialah mulai 1 hingga 31 Januari 2022.

“Perkembangan ini sesuatu yang positif kerana ia secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penularan C.ovid 19 apabila pemohon tidak perlu keluar dari rumah dan hadir ke kaunter perkhidmatan BKM.

“Kerajaan mahu memastikan bahawa mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mendaftar dan memohon,” katanya.

Kredit MySumber

Beliau berkata penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat juga berpeluang untuk membuat pengemaskinian.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, LHDN mengambil inisiatif untuk membuka kaunter perkhidmatan BKM di semua pejabat cawangan LHDN, Pejabat Satelit, Pusat Khidmat LHDN dan Pusat Transformasi Bandar di seluruh negara pada hujung minggu.

Menurutnya, langkah itu untuk memudahkan urusan rakyat mendaftar bantuan tersebut terutamanya bagi pemohon yang tidak mempunyai kemudahan Internet. Ia dibuka pada 7, 8, 28 dan 29 Januari 2022 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor manakala pada 8, 9, 29 dan 30 Jan 2022 bagi negeri-negeri lain.

Kesemua premis LHDN beroperasi bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang bagi Semenanjung Malaysia manakala bagi Sabah dan Sarawak bermula dari jam 8 pagi hingga 3.30 petang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Bernama

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Alhamdullilah. Tarlkh Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia FasaSatu Diumum. Ini Cara Sem4kan Supaya Anda Tak Terlepas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*