Meng4ku Bawa Jemaah Tak V4ksin,Ustaz Abu Syafiq Buat R4mai Terkejvt!

Di laman Twitter ketika ini hangat memperkatakan hantaran yang dibuat oleh pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq yang membuat pendedahan mengejutkan ramai.

Ustaz Abu Syafiq Mengaku Bawa Jemaah Tidak Divaksin

Dalam tangkap layar yang dikongsi oleh pengguna laman Twitter, hantaran tersebut dipercayai dibuat Abu Syafiq di Instagram nya pada Ahad. Dalam kenyataan nya itu, dia membuat pengakuan secara terbuka mendedahkan bahawa dirinya adalah individu yang membawa jemaah yang tidak divaksin ke tanah suci.

Malah, dia turut mengaku bahawa dirinya juga tidak mengambil immunisasi mencegah wabak c0v1d-19 itu.

“Saya mengaku saya tidak Vaksin dan bawa orang yg tak Vaksin ke Saudi. Vaksin MM. Sebab Vaksin ini dah pupus. Ramai juga jemaah tak ambil pun Vaksin ini. Seperti segala jenis Vaksin lain akan pupus dan tamat tempoh. Vaksin juga adalah duit dan mata pencarian untuk mereka bergelar ‘pakar’” akuinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ustaz Abu Syafiq (@ustazabusyafiq)


Khuatir Malaysia Dikenakan Sekatan

Menjengah ke laman Twittter, rata-rata pengguna menyelar tindakan pendakwah itu yang disifatkan mereka sebagai melampau dan memalukan imej negara.

Tambah mereka lagi, tidak mustahil sekiranya Arab Saudi akan mengenakan sekatan terhadap Malaysia berikutan terdapat jemaah yang tidak divaksin berjaya meloloskan diri.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan terdapat jemaah umrah dari Malaysia yang pulang ke tanah air disahkan positif c0v1d-19 varian Omicron dan diantara mereka ini tidak divaksin.

Lebih mengejutkan, KJ turut melaporkan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah menjual dan memalsukan sijil Vaksin kepada mereka yang memerlukannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Instagram aafiyah khalid

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Be the first to comment on "Meng4ku Bawa Jemaah Tak V4ksin,Ustaz Abu Syafiq Buat R4mai Terkejvt!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*