Kisah Ny4ta Ayah Ada G4ngguan J1wa Setia Jaga Anak, Persis Miracle In Cell No 7

Masihkah anda ingat kepada filem Korea berjudul ‘Miracle In Cell No 7‘ yang pernah menjadi fenomena pada 2013 dulu? Secara ringkasnya, ia mengisahkan tentang seorang ayah yang agak ‘kureng’ namun begitu komited membesarkan anak perempuannya dengan sempurna. Walaupun kesihatan psikologi Yong-gu tidak sempurna seperti orang lain, Ye-sung diberikan kasih sayang sepenuh hati sebelum semuanya berakhir akibat sebuah jen4yah.

Pernah cuba dipisahkan, tapi bapa nekad sayang anak sepenuh hati

Siapa menduga, kisah realiti seorang bapa tunggal ini boleh dikatakan mirip dengan jalan cerita filem tersebut. Gara-gara mempunyai masalah g4ngguan j1wa, rupanya dahulu sudah ramai pihak cuba memisahkan anak beranak tersebut dengan alasan lelaki terbabit tidak berkemampuan untuk menjaga. Namun, semua itu dibuktikan semula apabila dia berusaha membesarkan Minzy dengan baik persis permata paling bernilai.

Isteri lari tinggalkan rumah hanya selepas 1 tahun Minzy dilahirkan

Tidak pernah berkira memasakkan makanan yang digemari, setiap hari dia juga rajin menyikat rambut, hantar pergi ke sekolah selain cuba membantu selesaikan kerja sekolah Minzy. Menyingkap kisah lama, rupanya dahulu isteri lelaki berkenaan lari tinggalkan rumah hanya selepas 1 tahun anak itu dilahirkan. Hatinya bertambah sedih apabila ibu yang tersayang pula pergi buat selamanya. Bagi bapa tersebut, kini hanya tinggal mereka berdua sahaja atas dunia untuk menjalani sisa kehidupan.

Saya risau kalau satu hari nanti bila Minzy dah besar, dia tak suka saya sebab keadaan saya ni

Mengenangkan keadaannya yang tidak normal, bapa ini akui tercetus rasa risau andai kata Minzy akan membencinya apabila dewasa nanti. Meskipun masih berusia 7 tahun, namun anak gadisnya seolah-olah faham malah sangat menyayangi ayahnya. Bukan sahaja mendodoikan tidur, malahan dia tidak geli ketika mengetipkan kuku kaki lelaki tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Instagram aafiyah khalid

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Kisah Ny4ta Ayah Ada G4ngguan J1wa Setia Jaga Anak, Persis Miracle In Cell No 7"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*