“Nak Meng4njing? Sed4r Diri Boleh? Dari Mana Datang? Asal Usul? Dari N0thing?”-Vida Per4ng Lagi Dengan Iqbal

Sejak semalam, portal-portal akhbar tempatan ada melaporkan mengenai hasrat usahawan, Iqbal Zulkefli yang merancang ingin menjadi penaja utama program realiti nyanyian popular tanah air, Gegar Vaganza pada musim akan datang.

Tidak terhenti disitu, Iqbal juga dilihat sekali lagi memberikan reaksinya berhubung isu berkenaan menerusi ruangan komen di Instagram portal berita, Mstar yang memuat naik artikel mengenai dirinya.

Menurut Iqbal, dia amat menghormati pihak penaja yang menaja program tersebut ketika ini, namun, dia sebolehnya tidak mahu disamakan dengan penaja-penaja yang terdahulu.

Katanya lagi, dia tidak akan mengambil kesempatan dengan sengaja mencipta kontroversi semata-mata ingin memajukan perniagaannya di program popular itu.

Meskipun tidak menyebutkan nama mana-mana pihak, namum, kenyataan tersebut nyata menimbulkan rasa kurang senang di hati usahawan, Datuk Seri Vida.

Jelas Vida, kenyataan yang diberikan oleh Iqbal itu seakan-akan seperti ingin ditujukan kepadanya.


Malah, dia juga turut menyifatkan Iqbal sebagai lupa daratan kerana sebelum ini dia yang banyak membentuk Iqbal untuk berhadapan di kaca televisyen.

“Hello apa masalah kamu ni? Nak menganjing? Sedar diri boleh? Dari mana datang? Asal usul? Dari nothing?

“Aku dah tabur macam-macam ilmu bagai. Kalau bukan sebab aku, kamu ingat ada orang nak pandang kamu,” tulisnya.


Respon tersebut dikongsikan sendiri oleh Datuk Seri Vida menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Vida turut menegaskan tidak ada seorang pun yang boleh pertikaikan mengenai caranya menjalankan bisnes kerana dia mempunyai hak untuk berniaga di mana-mana platform sekalipun.

“Kamu ingat lagi tak dulu nak masuk tv takut-takut. Kecut batu aku support. Bagi ilmu tunjuk cara. Tak payah nak tunjuk bijak pandai hakikatnya kamu cedok ilmu dan cara aku.

“Aku nak berniaga segenap penjuru ke, sampai planet Marikh ke itu aku punya fasal. Itu passion aku. Tak susahkan kamu. Dasar kacang lupakan kulit,” ujarnya lagi.

Sekadar informasi, sebelum ini Datuk Seri Vida pernah menjadi penaja utama program Gegar Vaganza untuk beberapa musim.

Malah, beberapa hari lalu, Vida turut mengkritik pihak Gegar Vaganza 8 (GV8) secara terbuka kerana menyingkirkan grup duo Sa. Ya yang dianggotai oleh pelawak Saiful Apek dan Yassin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:MH

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Nak Meng4njing? Sed4r Diri Boleh? Dari Mana Datang? Asal Usul? Dari N0thing?”-Vida Per4ng Lagi Dengan Iqbal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*