Not Even In My Dream – Reaksi Mahadi Ditanya Macam Mana N4ik Kereta Dengan Heliza

Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, 38, mendedahkan pernah patah hati apabila dimaklumkan keluarga hasratnya memperisterikan Heliza Helmi mungkin terkubur.

Katanya, ketika bertemua ibu bapa Heliza di sebuah restoran, dia dimaklumkan bahawa penyanyi dan aktivis kemanusiaan itu tidak bersetuju menerima lamarannya.

“Saya bukan nak main-mainkan dia, saya nak halalkan hubungan, jadi saya beranikan diri lamar dia.

“Apabila saya approach, dia tak bagi keputusan secara on the spot. Beberapa hari selepas itu ibu bapa dia datang jumpa.

“Mereka kata Heliza tak setuju. Waktu tu saya macam… oh yer ke? Orang dah tak nak, takkan saya nak terhegeh-hegeh,” katanya ketika ditemui mStar baru-baru ini.

Bagaimanapun, Mahadi dapat menarik nafas lega selepas mengetahui sudah terkena prank.

“Mereka nak tengok saya punya reaksi macam mana, ikhlas atau main-main.

“Masa tu saya sedih juga, tergamam. Tapi nasib baik hanya main-main dan Heliza sebenarnya memang nak (kahwin). Alhamdulillah,” katanya.

Bukan sahaja tidak melalui fasa bercinta sebelum berkahwin, malah mereka tidak pernah keluar dating berdua!

“Kawan saya juga ada bertanya macam mana saya keluar dengan dia berdua dalam kereta.

“Jawapannya, not even in my dream sebab memang kami tak pernah keluar berdua naik satu kereta… memang tak sebab dia sangat menjaga (pergaulan), kami tak pernah keluar dating,” katanya.

Lepas ni Datuk Seri boleh dating puas-puas dengan Datin Seri ya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Not Even In My Dream – Reaksi Mahadi Ditanya Macam Mana N4ik Kereta Dengan Heliza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*