Lel4ki T4yang Slip Gaji RM8,000 Sebagai Pemandu Lori Buat Ramai Terkejvt!

Baru-baru ini, seorang lelaki menggunakan nama @madrizz_official di aplikasi TikTok berkongsi satu video kepada pengikutnya mengenai jumlah gaji yang diterima sebagai pemandu lori.

Menurut lelaki itu, dia tidak mempunyai niat untuk menunjuk-nunjuk pendapatan diterima sebaliknya sekadar menjawab persoalan yang paling banyak ditanya dalam kalangan netizen.

@madrizz_official Balas kepada @mohdfaizalredzuan bukan nak riak tapi sekadar bagi jawapan kepada antara soalan yg paling byk sy terima 🙏 #fypchallenge #fyppage #fypシ #fyp #fypage #masukberanda ♬ suara asli – rainn

“Bukan nak riak tapi sekadar bagi jawapan kepada antara soalan yang paling banyak saya terima,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Berdasarkan rakaman berdurasi 45 saat itu, @madrizz_official berkata dia menerima gaji kasar sebanyak RM8,883,96 sekali gus memperincikan setiap maklumat pada penyata gaji berkenaan.

“Basic RM1,100, kemudian overtime (OT) kalau ada kerja hari Ahad atau cuti umum. Seterusnya komisyen trip RM7,463. Gaji kasar RM8,883.

“Lepas tu jumlah potongan Kumpulan Wang Simpanan Kerja (KWSP) RM774, potongan RM1,032 daripada majikan dan pinjaman selama sebulan RM1,490.

“Akhir sekali, gaji bersih yang kita terima. RM6,215. Okay lepas ni jangan tanya pasal gaji lagi ye,” katanya dalam video tersebut.

@madrizz_official asal buka tiktok lagu ni je trus #masukberanda #fypage #fyp #fypシ #fyppage #fypchallenge ♬ suara asli – 𝐃𝐢𝐝𝐢𝐤_𝐅𝐚𝐛𝐫𝐞𝐠𝐚𝐬

Meninjau ke ruangan komen, video yang meraih 2.8 juta tontonan itu dipenuhi lebih 5,000 komen yang memberikan pelbagai reaksi berhubung gaji diterimanya.

Rata-rata netizen mengatakan gaji diterima pemandu lori tersebut adalah setimpal dengan kepenatannya apatah lagi berdepan risiko di atas jalan raya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:TikTok @madrizz_official

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Lel4ki T4yang Slip Gaji RM8,000 Sebagai Pemandu Lori Buat Ramai Terkejvt!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*