“Betul betul betul”, itulah ayat yang selalu bermain di fikiran selepas menonton kartun kesukaan ramai Upin & Ipin. Sejak tahun 2007 lagi, siri animasi ini masih lagi berjaya mencuit hati peminat sehinggakan turut diangkat di negara seberang iaitu Indonesia.
Cerita di dalam filem hanya khayalan opah
Walau bagaimanapun terbaru kecoh di negara tersebut, kononnya siri kartun ini dikatakan digarap dari kisah realiti yang pernah terjadi. Tiba-tiba sahaja muncul teori mengatakan animasi Upin dan Ipin berkenaan hanyalah satu khayalan yang diwujudkan oleh Opah kerana tidak dapat menerima kepergian cucu kembarnya sekaligus.
@mizan_jamil
#fyp #xyzbca #upinipin #viral #kartun
♬ suara asli – ⓝ.
Patutlah tak pernah besar, ternyata cerita semua khayalan 10 tahun lalu
Bukan itu sahaja, sempat tular di TikTok sebuah rakaman yang memaparkan dua buah pusara kecil juga tertera nama Upin dan Ipin. Pada batu nisan itu juga turut tertera tahun wafat ‘mereka’ iaitu sekitar 1995 dan juga 1996. Menerusi portal Suara, kisah yang kini bertebaran mengatakan dahulu kembar comel tersebut menemui ajal selepas terlibat dalam satu nahas bersama ibu bapanya sewaktu pergi bercuti.
@bang_alonk3110
Akhirnya tidur Nyenyak 😭 #addictedtotiktok #masukberanda #fyp #upinipin #opah #kakros
♬ suara asli – 𝙝𝙞𝙨𝙩𝙤𝙧𝙮𝙢𝙪𝙨𝙞𝙠_ – 𝙝𝙞𝙨𝙩𝙤𝙧𝙮𝙢𝙪𝙨𝙞𝙠_
Kitorang yang Malaysia pun tak tahu, macam mana Indonesia boleh tahu…Habis childhood aku
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya dari Malaysia menyangkal keras segala kisah yang diceritakan tersebut. Malah ramai yang menegur untuk tidak sesuka hati mereka-reka cerita.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT
Sumber: TikTok abi_alonk_3110, mizan & Portal Fame Grid
PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.