“Tak Hadir Pelancaran Filem Mawi”Ekin Tertek4n R4mai speku Rumah T4ngga Goy4h

Terus menerus diasak dengan pertanyaan mengenai hubungan rumah tangganya dengan Mawi, Ekin Rahmat mengakui emosinya terganggu serta mengalami mental ‘breakdown’.

Ramai yang menghantar pesanan bertanyakan keadaan Ekin seolah-olah mahligai yang dibina bersama Mawi itu sedang dilanda masalah.

“Terima kasih kepada yang sudah bertanya sama ada saya okey atau pun tidak. Apa yang membuatkan saya stress adalah soalan yang mereka ajukan.

“Mereka tanya kenapa tak nampak saya di pelancaran itu. Adakah kerana rumah tangga ada masalah atau sudah tidak sefahaman atau bergaduh atau kerana kami sudah bercerai. Allahuakbar,” katanya menerusi Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ekin Cahaya (@ekinmawi_cahaya)


Menjawab segala persoalan, isteri kepada penyanyi dan penyampai radio itu menjelaskan mereka berada di Johor Bahru sedang menjalani kuarantin.

“Anak-anak positif Covid-19 dan kami ‘terperangkap” di Johor Bahru. Sudahlah stress menjaga anak-anak yang meragam sakit, Tetapi, majlis yang sudah dirancang itu perlu diteruskan.

“Bila kata fitnah datang, sesukanya bercakap tanpa siasat, lagi tambah tertekan. Saya mohon, kepada yang bertanya seperti itu, berhentilah kerana ia menyebabkan saya stres,” katanya.

Ekin dan Mawi mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Cahaya Malaika.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.