“Dia Yang Tak Berapa Sihat Pun Ingat All4h,” Warganet Terharu Teng0k Lelaki Kvrang Sivman Solat

Ramai daripada kita masih ada yang tak0t dengan orang yang kurang siuman terutamanya bila berjumpa di tepi jalan.

Bukan tak0t sebab apa, tapi tak0t sebab kena kacau dengan mereka yang digeIar sebagai ‘orang giIa’.

Selain itu, ramai juga daripada antara kita akan menjauhkan diri daripada golongan ini disebabkan pernah ada pengalaman bur0k dengan ‘insan terpilih’ seperti ini.

Namun, lain pula ceritanya dengan seorang wanita yang sungguh baik dengan seorang lelaki kurang siuman yang sering datang ke kedainya yang belum siap.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

“😭Deep.Tak buat solat hajat lg kdai..dia solat dulu dlm ni😁Syed khairol doakn bisnes kokmie tauuu”

Mimiey yang juga pemilik kepada kedai tersebut berkata lelaki tersebut yang juga dikenali sebagai Syed Kerol tidak pernah mengacau pekerja-pekerjanya. Malah, dia hanya datang sambil menyanyi dan bercakap seorang diri.

Sebab itu lah Mimiey tidak mengambil hal ini terlalu serius dan dia pun biarkan sahaja lelaki itu menyinggah ke kedainya.

Bukan itu sahaja, apa yang lebih menarik perhatian ramai warganet adalah apabila Mimiey sempat merakam momen Syed Kerol sedang solat!

Seperti yang kita tahu, orang kurang siuman sepertinya tidak diwajibkan solat. Namun apa yang membuatkan ramai terharu adalah walaupun dirinya tidak siuman, dia tidak pernah lupa kepada Sang Pencipta.

Mimiey yang merakam kejadian tersebut pada mulanya hairan ke mana Syed pergi kerana tiba-tiba hilang kerana sebelum itu dia meneman pekerja di situ mengecat sambil menyanyi. Rupa-rupanya sedang solat dengan pakaian compang-camping dan seluar londeh.

“😭Deep.Tak buat solat hajat lg kdai..dia solat dulu dlm ni😁Syed khairol doakn bisnes kokmie tauuu”

Mimiey turut sebak melihat lelaki tersebut dan berharap agar Syed dapat mendoakan perniagaan yang dibukanya.

Tak sampai hati melihat pakaian Syed Kerol, Mimiey dan suaminya dilihat shopping di sebuah kedai pakaian dengan membawa bakul yang penuh dengan seluar dan baju untuk diberikan kepada lelaki tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tersentuh dan terharu melihat Syed Kerol. Situasi tersebut seolah-olah sebagai tamparan kepada kita yang waras sebagai umat Islam yang masih lalai dalam bab solat.

Ramai juga berkata walaupun lelaki itu lupa tentang dirinya, namun dia tak pernah lupa akan Pencipta.

Antara komen-komen menarik yang diberikan oleh warganet:

“Rsa mcm Allah lbh trima sujud dia dri sujud aku 😭”

“Aku mualaf…kali pertama hati aku btul2 tersentuh😭..doakan aku semoga aku istiqomah 🤲”

“Tamparan dan peringatn pd kita semua yg sihat ni..dye yg x brapa sihat pon ingt Allah..🥺Allah”

VIDEO:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Yoy Network, TikTok

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.