Tema ‘Arabian Night’, Busana Mewah Uyaina Arshad Cvri Tvmpuan

Seperti diketahui umum, pelakon serta pengacara Uyaina Arshad telah pun sah bergelar isteri kepada Raja Syahiran pada 21 Disember tahun lalu. Meskipun hampir-hampir membatalkan majlis pernikahan apabila gudang yang menyimpan pelamin ditempah di Puchong telah ditenggelami air dalam bencana banjir, namun ia tetap diteruskan kerana bagi mereka urusan ijab dan kabul lebih diutamakan.

Tema majlis persandingan Arabian Night…persiapan busana pengantin Uyaina Arshad curi tumpuan

Lebih sebulan mendirikan rumah tangga, pasangan mempelai dua sejoli berkenaan dipercayai bakal diraikan dalam majlis persandingan mereka pula. Malah menerusi perkongsian terbaru di aplikasi TikTok, pereka fesyen Shanell Harun memuat naik rakaman persediaan busana dipakai oleh Uyaina Arshad konsep perkahwinan ‘Arabian Night‘.

@shnllhrn @uyaina in #shanellharun #arabiannight #wedding #arabianwedding #fyp #uyainaarshad ♬ Nour El Chames – Pascale Machaalani

Persalinan mewah diinspirasikan daripada Cleopatra

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHANELL HARUN (@shanellharun)


Persalinan pengantin bukan sahaja tampak glamor, malah ia turut mewah apabila dilengkapkan dengan aksesori kepala yang cukup unik dan menawan. Menurut pereka fesyen berkenaan, konsep busana ini diinspirasikan daripada figura ratu kerajaan Mesir yang terkenal suatu ketika dahulu iaitu Cleopatra.

Terpukau, sempurna & cantik betul…semoga bahagia & kekal hingga ke Jannah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHANELL HARUN (@shanellharun)


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji hasil busana sangat sempurna apabila dipakai oleh Uyaina Arshad. Selain terpukau dengan kecantikannya, mereka bahkan mendoakan agar perkahwinannya bersama Raja Syahiran kekal hingga sampai bila-bila.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: TikTok shnllhrn & IG shanellharun

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.