Disebabkan Nissa Sabyan R4mpas Suami Ririe Fairus T4mpil Bongk4rkan Apa Yang Terj4di Pada D1rinya.

Selebriti Ririe Fairus akhirnya membuka mulut mengenai rumah tangganya dengan Ayus Sabyan yang hancur pada tahun lalu. Ketika itu, nama penyanyi Nissa Sabyan dipetik sebagai perampas dan menjadi penyebab kepada keberantakan masjid milik Ririe dan Ayus.

Menerusi wawancara bersama Maia Estianty di saluran YouTube Maia Al El Dul TV, ibu kepada dua anak itu mengakui bahawa bekas suaminya itu pernah berlaku tidak setia. Kongsi Ririe, sehingga kini, dia tidak mampu melupakan momen apabila dia mendapat tahu bahawa suaminya menduakan dengan sahabat sendiri. Sehinggakan, dia tidak mempunyai selera untuk menjamah makanan.

“Selepas tahu pasal tu, saya tidak memberitahu orang tua. Beberapa bulan kemudian barulah orang tua tahu sendiri. “Jadi selama enam hari saya turun enam kilogram, tak makan apa-apa. Benar-benar tiada selera,” ujarnya. Dalam masa yang sama, Ririe sempat mengenang nasib mengapakah rumah tangga yang dibina atas dasar kasih sayang akhirnya dilanda musibh.

“Kalau nak kata marah, ya, manusia kan, kerana saya tidak pernah rasakan hal seperti itu sebelum ini. Jadi (sempat bertanya kepada Tuhan) kenapa harus saya?,” ujar Ririe lagi. Dalam keadaan dirinya yang tidak terurus, Ririe terus bingung dan bertanya kepada dirinya sendiri sama ada mampu untuk melanjutkan hidup selepas bekas suami main kayu tiga di belakangnya.

“Terus saya perlu buat apa? Bingung sendiri. Apa yang harus saya lakukan pada masa akan datang, saya seperti berasa yang saya telah tidak mempunyai kehidupan,” ujarnya lagi. Meskipun telah berpisah, Ririe dan Ayus masih bekerja sama mendidik anak-anak mereka, Sabian Ibni Sakhy dan Sabian Ben Zidane. Ririe menjelaskan, biasanya dalam satu minggu, Ayus akan mengajak anak-anak untuk bertemu.

Tular Video Kereta Nissan Cuba Rampas Parking. Pemandu Buka Cerita Rupanya Ini Yang Terjadi Sebenarnya.

Tempat letak kereta di kawasan perumahan bertingkat merupakan salah satu ‘cabaran’ yang perlu ditempuhi oleh penduduk-penduduk kawasan tersebut. Lebih-lebih lagi ketika naik dan turun dari setiap tingkat aras kerana jika tersilap tekan pedal, boleh mengakibatkan kemalangan.

Baru-baru ini ada sebuah kereta dirakam melanggar tembok setelah dilihat memecut ketika cuba mendaki naik ke aras atas tempat letak kereta. Kejadian yang berlaku di Singapura itu dirakam oleh dashcam salah sebuah kereta kepunyaan penduduk yang tinggal di kawasan perumahan tersebut.

Pada awal rakaman video tersebut, kelihatan sebuah Honda Insight sedang cuba masuk ke kotak tempat letak kereta secara mengundur. Beberapa saat kemudian ada sebuah kereta Nissan Kicks meluru naik dari tempat letak kereta aras bawah, lalu melanggar bahagian belakang Toyota Prius dan kemudiannya merempuh tembok di kotak tempat kereta tersebut.

Menurut pemilik asal rakaman video dashcam ini, dia telah pun berjumpa dengan pemandu Nissan Kicks tersebut. Menurut pemandu itu, kereta itu cuma menggunakan satu pedal sahaja iaitu pedal pecutan. Semasa mendaki naik ke aras atas tempat letak kereta, dia ternampak tempat letak kereta yang kosong itu dan langsung tidak perasan dengan Toyota Prius yang sedang mengundur untuk meletakkan keretanya.

Oleh kerana panik, pemandu Nissan Kicks itu tertekan pedal pecutan, lalu menyebabkan kereta tersebut meluru ke hadapan melanggar Toyota Prius dan merempuh tembok tempat letak kereta tersebut.

Untuk makluman semua, setiap model Nissan Kicks dilengkapi dengan teknologi e-Power yang turut mempunyai fungsi yang sama seperti sistem e-pedal pada model Nissan Leaf. Pedal tersebut berfungsi sebagai pedal pecutan dan pada masa sama sebagai pedal brek.

Apabila pemandu mahu menggerakkan kereta, pemandu cuma menekan pedal tersebut seperti biasa. Kemudian, apabila mahu memperlahankan atau memberhentikan kenderaan, pemandu cuma perlu mengangkat kaki daripada pedal dan sistem motor e-pedal akan diaktifkan.

Semoga pemandu segara pulih daripada kemalangan tersebut dan dapat berunding secara baik dengan beberapa pihak untuk menyelesaikan kerosakkan yang dibuatnya secara tidak sengaja.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Thevocket.

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.