Kerajaan Bakal Umum Satu Lagi Kel0nggaran SOP, Boleh Buat Menantu PM Pen1ng Kep4la

PUTRAJAYA – Kerajaan dijangka mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) berhubung pand3mik C0 vid-19.

Difahamkan ia berkaitan dengan arahan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang diwajibkan sejak 1 Ogos 2020.

Speku.lasi itu dikuatkan lagi apabila Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin sebelum sidang akhbar pada Jumaat memberi bayangan bahawa pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan tetapi adalah pilihan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Saya boleh buka ‘mask’ kan? Tak apalah, selepas raya pun dah optional (pilihan),” katanya sebelum memulakan sidang akhbar Jelajah Agrikomoditi Antarabangsa di kementeriannya dekat sini.

Bagaimanapun Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika ditemui pada majlis pelancaran program mQUIT masjid di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin meminta pihak media menunggu pengumuman minggu hadapan.

“Tunggu minggu depan,” jawabnya ringkas.

Sementara itu dalam ucapannya pada Majlis Penyerahan Projek Institut Endokrin di Hospital Putrajaya, Khairy berkata, pengurusan pandemik menunjukkan kejayaan apabila kes p0sitif C0 vid-19 dilihat semakin terkawal dan kemasukan pes4kit ke hospital menurun.

Menurutnya, kadar kem4tian C0 vid-19 terus menurun dan kemasukan pes4kit ke unit raw4tan rapi (ICU) juga menurun.

“Faktor ini telah meyakinkan kerajaan untuk memberi segala kelonggaran termasuklah sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Saya ingin mengingatkan semua bahawa kita masih berada di dalam fasa peralihan dan perlu sentiasa mematuhi segala SOP dan langkah-langkah kesihatan awam sepertimana kita jalani selama dua tahun,” katanya.

Beliau juga turut mengingatkan semua pihak agar tidak leka dan mengambil iktibar daripada negara lain.

“Ada negara anggap bahawa mereka sudah mencapai kemenangan dan segala sekatan serta langkah pencegahan di buang. Akhirnya mereka berdepan gelombang demi gelombang j4ngkitan baharu.

“Biarlah kita lambat sedikit asalkan kita selamat dan janganlah kita mengulangi kesil4pan dari negara lain,” katanya.

Isnin lalu, Khairy berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengumumkan sesuatu berkaitan SOP pada minggu hadapan.

Pelitup Muka Keluaran Jovian Pula Jadi Perhatian
Dalam pada itu ada netizan perli menantu kepada PM, Jovian susulan isu sebelum ini tentang kenyataan dia mengenai penjualan pelitup muka ‘hauk’ di pasaran sebelum ini

“Kesian menantu PM kita nanti stok mask dia tak habis jual..tunggu stok mask dia habis dulu la baru mansuhkan” komen Sabri Stafar

“Ehhhhh….Stok face mask masih banyak digudang ,Menantu PM kata stok sehingga tahun 2025…hehehe semua audit baru tukar tali.heheh” komen Noriah Kamarudin

“Aduh PM punya menantu baru upgrade tali Face Mask dia…. dah nak mansuh, nanti tak habis…. Bagi la stok dia habis dulu” komen Muezza

Jovian jawab isu pelitup muka ‘hauk’, rupa-rupanya ada ‘plot twist’… Tapi netizen tetap tak puas hati

SEJAK isu pelitup muka perlu mendapatkan perakuan dan penandaan MS Sirim heboh diperkatakan, pengusaha barang keperluan itu mula mencipta pelbagai strategi pemasaran termasuk ‘mengangkat’ kelebihan jenama sendiri.

Namun, tindakan mengecam dan mengutuk produk keluaran pengusaha lain bukanlah tindakan tepat.

Maka tidak hairanlah pereka fesyen terkena, Datuk Jovian Mandagie dikec4m netizen selepas kenyataannya berkaitan isu pelitup muka perlu perakuan Sirim tular.

Ini kerana, dia menggunakan perkataan ‘hauk’ bagi menggambarkan tahap kualiti rendah pelitup muka jenama lain dalam pasaran.

Ekoran itu, usahawan yang juga menantu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri itu tampil menjelaskan isu berkaitan.

Jovian berharap orang ramai menjaga tutur kata dan tidak memfitnah perniagaannya.

“Saya nak jelaskan sikit fasal pelitup muka ‘hauk’ tempoh hari. Banyak yang salah faham, apa yang saya maksudkan itu ialah pelitup muka Jovian Mask tiruan yang berleluasa di pasaran.

“Tak ada niat saya nak memperkecilkan mana-mana jenama pelitup muka lain di pasaran. Lebih dua tahun pelitup muka tiruan yang menggunakan jenama saya berada di pasaran mengambil kesempatan guna design kami untuk kepentingan masing-masing sehingga menipu pengguna,” ujarnya menerusi Instagram.

Jelas Jovian lagi, istilah ‘hauk’ yang digunakannya sebelum ini ditujukan kepada ‘penciplak’ terbabit yang disifatkan mengambil keuntungan atas angin menerusi hasil syarikatnya.

“Saya rasa sesuai la gunakan istilah hauk tu pada mereka ni. Ini semua kerja mafia! Tapi, kalau ada yang tersinggung dengan kenyataan saya, tak ada niat nak guris hati anda.

Antara koleksi yang diperkenalkan Jovian.

“Isu Sirim bukan permintaan saya mahupun keuntungan bagi saya. Apabila ia dilaksanakan, kosnya akan ditanggung oleh penjual. Daripada mana pula saya akan untung lebih?

Dalam pada itu, Jovian mengingatkan orang ramai supaya menjaga tutur kata dan mengelakkan diri daripada mengeluarkan perkataan cacian mahupun menabur fitn4h terhadap perniagaannya.

Katanya lagi, jenama Jovian sudah berada di pasaran sejak 15 tahun lalu dan semakin berkembang atas reputasi serta kualiti, bukan sebaliknya.

“Saya harap isu ini habis di sini. Siapa yang dah menyumpah saya, lain kali selidik dan tanya dulu. Nevertheless saya doakan anda semua panjang umur dan bahagia dunia akhir4t,” tambahnya.

Buat live pun mask putus. Macam mana? Boleh cakap kualiti ‘hauk’ tak?

Sungguhpun penerangan dan penjelasan panjang lebar diberikan berhubung isu berkenaan, namun masih ada netizen yang tidak berpuas hati malah menyifatkan Jovian sengaja ‘putar belit’ kenyataan.

“Biasa lah dah buat damage pandai twist. Orang kaya begitulah.

“Buat live pun mask putus. Macam mana? Boleh cakap kualiti ‘hauk’ tak?

“Kenyataan ‘hauk’ sebelum ini tidak spesifik. Seperti menujukan kepada semua pengeluar pelitup muka, lain kali adalah lebih baik berfikir dahulu sebelum membuat hantaran di media sosial, keadaan sekarang ramai yang amat terkesan dengan isu-isu kewangan,” ujar beberapa netizen.

Bagaimanapun, terdapat sebilangan netizen yang menzahirkan rasa tidak puas hati dengan kualiti pelitup muka Jovian yang dikatakan mudah berbulu.

Segelintir netizen masih menyuarakan rasa tidak puas hati.

“Maaf awak punya yang original pun hauk juga. Ikhlas ni daripada hati, baru basuh dua kali (dah) berbulu-bulu.

“Saya beli dua (kotak) pelitup muka kanak-kanak jenis kain yang boleh dibasuh. Cepatnya berbulu, kesian budak-budak tak selesa. Tapi lembut cuma cepat sangat berbulu… terus tak pakai.

“Dah tak elok tak akan simpan, mestilah buang. Sama macam saya… suami cakap ‘kata elok tapi berbulu’, saya jadi rimas. Saya memang pakai pelitup muka Jovian tapi kena cakap perkara betul la,” luah sekumpulan peminat jenama Jovian.

Terdahulu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan penangguhan penguatkuasaan perakuan dan penandaan MS Sirim bagi pelitup muka bukan perub4tan yang dijadual bermula 4 Julai ini kepada 1 Januari tahun depan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:mstar, sinar harian

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.