“Berbekal Duit RM2.70 Shja”- Akhirnya DJ Wong Ded4h Kenapa Dia Lari Rumah Dan Cer4ikan Isteri

Sungai Petani: Misteri kehilangan DJ Wong sejak tujuh hari lalu terungkai apabila lelaki terbabit muncul bersiaran secara langsung melalui Facebook (FB) tengah malam tadi dengan berbaju Melayu biru muda.

Dalam siaran langsung yang berdurasi 15 minit itu, DJ Wong atau nama sebenarnya, Noor Aziz Johari, 53, meminta maaf dan bersumpah di hadapan al-Quran.

Dia menyatakan yang dia sihat serta selamat dan meminta semua pihak menghentikan pencarian namun tidak mendedahkan lokasi sebenar keberadaannya.

DJ Wong yang sesekali kelihatan menangis kemudian mendedahkan yang dia keluar rumah dengan kerelaan hati kerana berdepan masalah peribadi dengan isteri yang dikenali sebagai DJ Sal.

Dia turut memanjatkan rasa syukur kerana walaupun hanya berbekalkan RM2.70 serta telefon bimbit, namun dia masih sihat dan dapat berbuka puasa di tempat yang selamat.

Lelaki terbabit pada akhir siaran langsung turut melafazkan cerai talak tiga terhadap isterinya dan mengumumkan kepada pengikutnya yang dia tidak akan muncul lagi di FB selepas ini.

DJ Wong dikatakan menghilangkan diri selepas keluar melalui pintu belakang rumahnya di Taman Ria Mesra 2 di sini, jam 9.30 malam Rabu lalu.

Kehilangannya itu menimbulkan persoalan kepada peminat dan juga ahli keluarga kerana dia dikatakan keluar sehelai sepinggang selain telefon bimbit dimatikan.

Sementara itu, DJ Sal yang turut membuat siaran langsung di FB menyifatkan lelaki terbabit sebagai dayus berikutan tindakannya menghilangkan diri dan melafaz cerai terhadap dirinya secara langsung di FB.

DJ Sal juga berulang kali menyatakan yang dia enggan mengaibkan lelaki terbabit dan hanya meminta DJ Wong menunggu urusan selanjutnya di mahkamah.

Pasangan itu sebelum ini aktif bersiaran secara dalam talian di FB ‘DJ Wong And Sal Bollywood’ yang kini mempunyai hampir 100,000 pengikut.

‘Suami pelvk, clum, puji cantik sebelum ghaib’

Suami sempat peluk, cium dan memuji kecantikan saya sebelum dia ‘ghaib’ tanpa sebarang berita,” kata wanita yang hanya mahu dikenali DJ Sal, 47, isteri kepada DJ Wong atau nama sebenar Noor Aziz Johari, 53, yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.

Pasangan terbabit aktif bersiaran secara dalam talian di Facebook (FB) “DJ Wong And Sal Bollywood” yang kini mempunyai hampir 100,000 pengikut.

Menurutnya, pada hari kejadian mereka sedang bersiap untuk bersiaran secara langsung di FB pada 10 malam sebelum dia dipeluk suami, dicium tiga kali serta dipuji cantik.

“Ketika itu, saya tidak terfikir apa-apa kerana suami memang kerap berbuat demikian dan selepas itu saya memintanya pergi bersiap dalam bilik.

“Bagaimanapun, saya selepas itu menyedari yang suami tidak masuk bersiap dalam bilik sebaliknya dia terus menghilangkan diri,” katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Ria Mesra 2, hari ini.

Katanya, apabila menyedari suami tiada dalam bilik, dia cuba mencari dalam sekeliling rumah namun gagal menemui DJ Wong.

“Ketika itu hujan lebat dan saya cuba menghubungi suami namun telefon bimbitnya dimatikan. Bimbang dengan situasi itu, saya bergegas ke rumah keluarga suami di Kampung Bukit Lada, Pokok Sena namun masih gagal mengesannya,” katanya yang masih bingung dengan kejadian itu.

Menurutnya, tiada sebarang perselisihan faham berlaku antara mereka yang boleh dikaitkan dengan misteri kehilangan suaminya itu yang dilihat keluar dengan memakai kemeja dan jeans biru.

“Saya hanya perasan suami kelihatan agak murung sejak kebelakangan ini dan tidak ceria berbanding sebelumnya namun tidak tahu apa masalah difikirkannya.

“Suami hanya membawa telefon bimbit serta kad pengenalan dan saya sudah membuat laporan polis berhubung kehilangannya itu,” katanya yang berharap suami ditemui dalam keadaan selamat.

Katanya, dia sudah meminta bantuan saudara serta kenalan untuk mengesan dan memberi maklumat sekiranya terjumpa suaminya itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat DJ Wong boleh menghubungi DJ Sal di talian 0135783727 atau 0134194818.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Metro

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.