“Dia C4rut Aku Eh”- Maryam Terkejvt Cara Promosi Karpet 0leh Dazrin

Umum diketahui, pelakon Dazrin Kamarudin telah melebarkan sayapnya ke dunia perniagaan. Namun begitu, terbaharu Dazrin telah berkongsikan video lucu, dia menerima kehadiran pasangan personaliti media sosial iaitu Maryam dan Ryzal di kedai karpet miliknya, Al Aqsa Carpets.

Seperti biasa, Dazrin hadir dengan pelbagai promosi di kedai karpet miliknya ini dan ramai sebenarnya rakan-rakan selebriti terkejut dengan harga berpatutan yang ditawarkan oleh juara rancangan Fear Factor Malaysia musim pertama bersama Hairul Azreen ini.

Nampaknya, pasangan personaliti media sosial iaitu Maryam dan Ryzal turut tidak terlepas untuk mendapatkan ‘kejutan’ daripada Dazrin.

Melalui rakaman video pendek yang dikongsikan ini, Dazrin memberitahu promosi karpet kepada mereka namun reaksi Maryam yang terkejut seolah-olah tidak percaya mencetuskan dia mengeluarkan bahasa Korea menyebabkan pula, Dazrin tertanya-tanya maksudnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)


Hantaran video tersebut bagaimanapun mencuit hati warganet dengan gurauan mereka yang mana dalam pada masa sama, ruangan komen juga dipenuhi reaksi-reaksi lucu yang membuatkan rata-rata daripada mereka turut terhibur.

“Kalau tengok drama Korea tu bukan ayat carut”

“Hahaha penatla asyik gelak jer”

“Ada… apa masalah ke?? Hahaha member takut…”

“Aku kena sorok video nih, takut mak aku nampak”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:HCL

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.