Neelofa Akhirnya Beri Bayangan Wajah Anaknya Bilal Macam Rupa Siapa, Ramai Rasa Teruja

Kuala Lumpur – Sebelum ini, pengacara popular Noor Neelofa menghargai dan bersyukur dengan kehadiran suami, PU Riz yang setia menemaninya sepanjang lima hari berada di h.ospital sebelum selamat bersalin pada 29 Januari lalu.

Neelofa menerusi hantaran di Instagram Story mengimbau kembali detik menc.abar di h.ospital yang dianggap momen termanis sepanjang bergelar suami isteri.

“Pada 29 Januari, saya seperti tidak percaya dan tidak dapat hadam sedang mengalami k.ontraksi hendak beranak. Ini kerana s.akit yang dialami seperti sengg.ugut setiap kali datang bulan kerana saya s.akit perut yang t.eruk.

Haris pulang dari kerja pada malam itu dan mengajak saya ke h.ospital namun saya berpendapat ia adalah a.maran p.alsu. Jadi pada jam 1 pagi itu, saya terbaring di bilik bersalin terfikir sama ada betul ke hendak beranak ni?.

“Pak Ustaz buat solat sementara menanti kehadiran doktor yang mana ketika ini bukaan saya sudah dua sentimeter. Jadi pada pagi itu saya menemani suami makan sarapan setelah lebih lapan jam menahan rasa s.akit k.ontraksi.

“Maka, lahirlah Bilal dengan selamat. Terima kasih sayang untuk segalanya dan terima kasih kepada Allah SWT di atas segala kurniaan. Biarpun tempoh lima hari ini menc.abar, namun ia adalah momen termanis sepanjang perkahwinan kita,” katanya.

Katanya Rupa Seiras Neelofa

Selebriti terkenal Neelofa memberi bayangan wajah anak sulungnya bersama suami juga pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz iaitu Muhammad Bilal mirip wajahnya.

Ia berdasarkan hantaran Neelofa, 33, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor di Instagram Story yang memaparkan penampilanya sewaktu kecil bersama ibunya, Datin Noor Kartini.

“Tengok masa kecik ni, rasa macam copypaste Bilal sangat,” tulisnya dengan disertakan emoji ketawa.

Bagaimanapun, Neelofa yang masih memilih untuk tidak memaparkan wajah penuh Bilal pada umum kerap berkongsi mengenai perkembangan anak pertamanya itu di Instagram Story dan TikTok.

Terdahulu menerusi laporan media, Neelofa juga bekas pengacara program MeleTOP tidak berbuat demikian kerana belum cukup ilmu untuk melindungi anaknya daripada peny.akit Ain ga.ngguan disebabkan pandangan.

Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu. Neelofa selamat menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Bilal yang kini berusia empat bulan.

Foto, video Bilal? Neelofa ‘belanja’ sikit-sikit

MEMBUAK-BUAK rasa nak tatap wajah putera comel Neelofa dan Haris, Muhammad Bilal.

Sepertinya itu yang dirasai ramai setiap kali Neelofa memuat naik foto Bilal yang tidak menampakkan wajah anak sulungnya itu.

Sejak akhir-akhir ini, Mizz Lahar sudah mula perasan Neelofa kerap berkongsi foto Bilal dan kini memaparkan fizikal bayinya itu secara penuh, namun wajah masih disorok.

Lebih membuatkan ramai geram apabila melihat lengan Bilal yang ‘berotot’. Nampaknya bayi popular itu membesar dengan sihat.

Dalam satu hantaran InstaStory Neelofa, dia juga mendoakan agar anaknya membesar menjadi lelaki yang soleh dan menceburi bidang agama.

“Masya-Allah tangan ini. Semoga boleh memberi banyak khidmat untuk agama,” tulisnya.

Difahamkan, Bilal juga semakin aktif dan sudah memasuki fasa boleh meniarap. Alahai, cepatnya membesar!

Neelofa tak sangka duit raya Bilal RM14,000

Rezeki si kecil, pasangan selebriti popular Neelofa dan Haris Ismail mengakui tidak menyangka jumlah kutipan duit raya anak sulungnya, Muhammad Bilal mencecah lebih RM14,000.

Kata pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor, 33, itu, pengiraan duit raya milik Bilal yang baru berusia empat bulan itu dilakukan sebelum mendaftar untuk membuka akaun bank.

“Sebenarnya kami tidak perasan pun (jumlah duit) sebab masa itu memang kira sebelum buka akaun bank untuk Bilal. Apabila kira-kira dan jumlahnya, alhamdulillah.

“Yang datang (beri duit raya) pula kawan-kawan mak kami, saudara mara dari Kelantan dan Besut, Terengganu. Rezekilah si kecil itu,” katanya dalam program MeleTOP malam tadi.

Terdahulu, sebuah video TikTok memaparkan Neelofa sedang mengira duit raya anaknya mendedahkan jumlahnya bernilai lebih RM14,000 tular dalam media sosial.

Pelbagai reaksi diberikan netizen mengenai video tersebut seperti duit raya Bilal lebih banyak daripada pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu RM10,000 baru-baru ini.

Malah, ada juga yang berpendapat video sebegitu tidak sepatutnya dikongsikan kepada umum kerana khuatir menjadi riak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:HM/IG

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.