“Hampir Tak Cam”- Video Sherry Alhadad ‘Kejvtkan’ Peminat, Disangka Janna Nick

Penampilan pengacara dan pelakon terkenal, Sherry Alhadad nampaknya sekali lagi tular dan menjadi perbualan oleh peminat yang merasa kagum dengan usahanya yang kini semakin berjaya menurunkan berat badan.

Hal ini kerana, dia memuat naik satu rakaman video seperti yang menjadi trend terkini dilakukan oleh warganet. Namun begitu dalam pada mengikuti video trend, Sherry Alhadad bagaimanapun menarik perhatian ramai dengan penampilannya ini.

Sehinggakan ada juga yang meluahkan rasa terkejut kerana menyangka individu yang berada dalam video yang turut masuk ke ruangan fyp atau for your page di aplikasi TikTok ini merupakan Janna Nick.

Selain tersalah sangka Sherry Alhadad adalah Janna Nick, penampilan pengacara rancangan Big Stage ini turut dihujani dengan pujian ramai yang suka melihat dirinya dalam video ini. Sangat cantik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SherryAlhadad (@sherry_alhadad)

Perkongsian Sherry Alhadad itu bagaimanapun tidak sekadar mengejutkan peminatnya dengan penampilan dirinya dalam video tersebut malah rata-rata netizen yang menonton juga menyangka dia adalah pelakon, Janna Nick.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SherryAlhadad (@sherry_alhadad)


“Terkejut ingatkan Janna Nick tadi”

“Hampir tak cam”

“Dulu dia pernah kata kalau dia kurus macam Anzalna Nasir, sekarang terbukti. Bulu mata Anzalna je tak pakai tu”

“Weh aku kena scam ke ni ingatkan Janna Nick”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:HCL

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.