Kantoi! Azri Iskandar Dah Ada Pengganti? Azri Ded4h Siapa G4dis Itu!

Lebih kurang seminggu berpisah talak satu dengan pelakon Ellie Suriaty, pelakon Azri Iskandar dikatakan sudah temui pengganti iaitu wanita baru dalam hidupnya.

Ini selepas ada foto yang dimuatnaik oleh Azri Iskandar di laman media sosial miliknya.

Pelakon dan pengarah berumur 54 tahun ini muat naik foto bersama seorang wanita yng dilihat amat muda.

Gambaru ini terus membuatkan ramai beranggapan Azri Iskandar dah temui orang baru, setelah berpisah dengan Ellie Suriaty.

Setelah kisah ini menjadi bualan ramai, akhirnya Azri Iskandar tampil menceritakan siapakah sebenarnya wanita berkenaan.

Dari laporan portal Getaran, Azri Iskandar nafi wanita itu merupakan pengganti baru kepada Ellie Suriaty.

Jelasnya itu merupakan pelakon baru yang merupakan gandingannya dalam sebuah telefilem.

“Gadis dalam foto itu bukannya kekasih saya. Sebenarnya dia merupakan pelakon baru yang membawa watak sebagai anak saya dalam telefilem berjudul Suri Rumah Terfeeling.”

“Nama gadis itu ialah Nur Atiqah dan dia jadi anak saya dalam drama ini. Kami ambil gambar berkenaan sebagai prop untuk telefilem ni saja.”

“Harapnya jangan ada yang anggap bukan-bukan. Kesian pada dia, umur dia ni pun masih muda, hampir sebaya dengan umur anak saya. Nanti tak pasal dia pula jadi mangsa kata-kata yang tak baik dari orang ramai.”

Itulah penjelasan dari Azri Iskandar tentang foto yang tersebar, rupanya gadis itu merupakan pelakon baru yang menjadi gandingannya saja. Jadi janganlah salah anggap dan mengatakan Azri Iskandar sudah ada pengganti walau baru saja berpisah dengan Ellie Suriaty.

Sementara itu, Azri Iskandar juga amat berharap orang ramai tidak lagi berkata atau mengata tentang kisah perpisahannya dengan Ellie Suriaty, baginya itu semua sudah takdir yang dah tertulis.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:News-tel

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.