“Saya Bukan Wanita..” – Identiti Sebenar G4dis Civm Anak Penceramah Ridhuan Tee Di Kenal pasti

Baru baru ini tular di media sosial video aksi pan4s Syafi berdurasi 26 saat bersama seorang wanita dipercayai kekasihnya mula tular menerusi aplikasi TikTok.

Kenyataan dibuat oleh penceramah, Mohd Ridhuan menerusi hantaran dimuat naik menerusi akaun Facebook, hari ini, rentetan kontr0versi video panas membabitkan anaknya yang juga pelakon baharu, Syafi Tee, baru-baru ini.

Mohd Ridhuan tampil membuat kenyataan selepas lima hari video panas itu kecoh berkata, dia agak sibuk dengan Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu menyebabkan tidak berkesempatan mengulas kontr0versi membabitkan anaknya.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kerana ramai mengambil berat berkaitan saya dan anak. Ramai sayangkan saya dan keluarga.

“Saya anggap apa yang berlaku ujian Allah untuk menguji sejauh mana keimanan hamba-Nya. Allah menguji sesuai dengan kemampuan hamba-Nya.

“Saya akui mempunyai kelemahan. Saya juga bukanlah insan sempurna. Benar sekali iman tidak dapat diwarisi dan dijual beli.

“Pada mereka yang bertepuk tangan gembira, terima kasih seadanya, moga semua ini tidak terjadi kepada kalian.

Pada mereka yang bersama saya memberikan nasihat dan menegur cara baik, moga Allah merahmati anda, ” tulis Ridhuan.

Bagaimanapun, kata Mohd Ridhuan, kontr0versi membabitkan anak kedua daripada enam beradik itu tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk meneruskan kerja dakwah dan menegur perkara tidak betul, tidak mengira golongan artis, orang biasa, bahkan anaknya sendiri.

Netizen Siasat Identiti Gadis Tersebut

Terbaru, memetik laporan Cari Forum, seorang pengguna laman Twitter @arifeddy12 mendedahkan bahawa wanita tersebut bukan perempuan tulen sebaliknya adalah seorang tr4nsgender.

“Saya bukan wanita..”

Menerusi ciapan itu, @arifeddy12 juga berkongsi tangkapan skrin memperlihatkan sebuah akaun Instagram didakwa milik ‘wanita’ berkenaan.

Pada ruangan bio akaun tersebut, ‘wanita’ itu secara terang-terangan mengaku dan menyatakan dirinya seorang ‘maknyah’ selain turut meletakkan bendera ‘pel4ngi’.

Meninjau ke Instagram ‘wanita’ terbabit, banyak posting foto dan video yang agak mencolok mata dan kurang bersesuaian untuk dilihat oleh netizen.

Walau bagaimanapun sehingga kini, pelakon berusia 29 tahun itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kontr0versi pan4s tersebut.

Semalam, bapanya pendakwah dan penceramah bebas Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengakui dirinya tidak sempurna dan sudah mendidik anak-anak dengan baik.

Malah tambah Ridhuan, dia berterima kasih kepada semua individu yang prihatin selain berharap ujian menimpanya dapat dijadikan pengajaran untuk semua pihak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Instagram @apink9161 via BHARIAN ONLINE / OMM

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.