“Tanpa Mereka Saya Terp4ksa Jual Buah Pingg4ng” – Yasin Sulaiman Mula Luah Perkara Ini

KEHADIRAN dua anak Yasin Sulaiman iaitu Samer dan Malaika di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu bagi memberi sokongan kepada bapanya mencuri perhatian.

Samer, 18 dan Malaika, 14, dilihat hadir bersama bapa saudara mereka, Zain Sulaiman ke mahkamah tersebut bagi mengikuti sebutan semula kes Yasin di dua mahkamah berasingan berkaitan tuduhan mengedar dadah jenis g4nja dan menanam 17 pokok dalam pasu plastik dipercayai dadah.

Kedua-dua remaja berkenaan tenang sepanjang berada di mahkamah malah dilihat sempat menyapa bapa mereka ketika penyanyi lagu Mimpi Laila itu dibawa masuk ke perkarangan mahkamah.

Samer yang tampil berkemeja putih manakala Malaika berbaju putih dan berseluar hijau turut sempat melambai ke arah media yang hadir membuat liputan sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah.

Malaika hadir bersama ahli keluarga yang lain.

Sebelum ini abang kepada Yasin iaitu Zain, 50, pernah memberitahu anak-anak penyanyi itu tabah dengan apa yang berlaku.

Malah Samer dan Malaika tabah menghadapi dugaan menimpa bapa mereka selain menunggu kepulangan Yasin.

Sementara itu, ketika sebutan semula kes di Mahkamah Majistret, pihak pendakwaan meminta kes itu ditangguhkan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan berhubung pertuduhan komposer itu berkaitan mengedar dadah jenis g4nja seberat 214 gram pada Mac lalu.

Permohonan itu dibuat pendakwaraya, Mohd Asnawi Abu Hanapiah dihadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah dan mahkamah menetapkan 6 Julai ini untuk sebutan semula kes tersebut.

Mengikut pertuduhan itu Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, didakwa mengedar dadah berbahaya jenis g4nja anggaran berat 214 gram di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac 2022.

Bagi pertuduhan tersebut Yasin didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama yang memperuntukkan penjara seumur hidup atau g4ntung sampai m4ti dan jika tidak dihukum m4ti hendaklah diseb4t tidak kurang 15 sebatan jika sabit kes4lahan.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Hakim Jamaludin Mat mengekalkan pertuduhan menanam 17 pokok g4nja dan menetapkan tarikh sama untuk serahan dokumen berkaitan kes.

“Tanpa mereka saya terpaksa jual buah pinggang” – Yasin Sulaiman ucap terima kasih kepada penderma tabung guaman
PENYANYI Yasin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua penderma tabung yang bermurah hati untuk menyumbang bagi membiayai kos guamannya berhubung pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok g4nja pada 13 Mac lalu.

Menurut Yassin, bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebannya bagi menampung kos guaman sepanjang kes perbicaraan ini dijalankan.

“Terima kasih kepada yang mengisi tabung guaman saya, tanpa mereka semua ini mungkin terpaksa jual buah pinggang bagi sara kos guaman ini.

“Kes besar macam gajah, tapi saya hanya semut yang mengharapkan keajaiban,” katanya.

Yasin ditemui media di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.