“Teruskan Perjuangan You Sebagai..”- Nora Danish Puji Janna Nick!

Pelakon Nora Danish berkongsi mengenai pengalamannya sewaktu bekerjasama dengan pengacara, pelakon, dan pengarah Janna Nick dalam sebuah penggambaran berjudul Tangisan Pontianak.

“U Memang Power!”

Nora Danish menerusi video yang dimuatnaik di Instagram memberikan pujian terhadap kehebatan Janna sebagai pengarah, penulis skrip, dan juga produser.

“Cantik sangat dia ni, My EVERYTHING for #TangisanPontianak. It was a pleasure working with u. 8 hari shooting yang tak rasa penat, walaupun cita hantu. Babe, teruskan perjuangan u as a director/ script writer/ producer! u memang power!”-Puji Nora

Terima Respon Janna

Video yang dimuatnaik oleh Nora Danish turut mendapat komen dari Janna Nick yang berharap agar mereka boleh meneruskan kerjasama lagi kelak.

“Sayang Nora! TQ atas kerjasama yang sangat baik! Cantik, baik hati, rajin belanja. Discipline top notch! Memang A+. Hopefully dapat kerja together lagi. Jangan serik tau..”-komen Janna

Terdahulu, nama Janna sebelum ini pernah mengejutkan industri hiburan selepas mendapat undian sebanyak 86,374.777 bagi trofi Bintang Paling Popular ABPBH34. Selain trofi utama, dia turut membolot trofi bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular dan Pengacara TV Popular.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Murai

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.