“Anak-Anak Dah Makin Membes4r…”- Datuk K Minta Siti Nurhaliza Ada Masa Untuk Anak

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K mengambil berat tentang urusan kerjaya dan rumah tangganya sebagai ibu dan isteri.

Menurut Siti Nurhaliza, sebagai ibu bekerjaya Datuk K selalu memastikan agar pelantun lagu Aku Cinta Padamu itu mempunyai masa untuk diluangkan bersama anak-anak dan keluarga.

“Datuk K mengambil berat tentang jadual saya…Ye lah, anak-anak dah makin membesar pasti mahu tumpuan sebab itu Datuk K pun sama-sama berbincang dengan pihak pengurusan sama ada dalam bidang perniagaan atau hiburan supaya jadual saya tidak dibuat terlalu padat agar ada masa untuk bersama keluarga.

“Jika bulan ini saya sibuk menguruskan perniagaan, bulan seterusnya saya akan fokus pada nyanyian. Jadi saya dapat bahagi-bahagikan masa.

“Jadi dalam seminggu tu adalah dalam tiga hari saya di rumah dan tak sibuk dengan komitmen supaya dapat meluangkan masa bersama anak-anak,” katanya kepada Astro Gempak.

Siti Nurhaliza bercakapa kepada Gempak dan media lain selepas selesai siding media Queen Of The Night di Menara Berkembar Petronas pada Rabu.

Sementara itu, Siti turut tidak menafikan pernah terfikir untuk memperlahankan kerjaya seninya demi memberi tumpuan lebih kepada dua anaknya iaitau Siti Aafiyah, 4, dan Mohd Afwa yang baru berusia setahun.

“Saya pernah terdetik untuk memperlahankan kerjaya seni demi keluarga terutama anak-anak. Ada waktu saya perlu keluarga bekerja seawal Subuh dan balik waktu malam. Anak-anak pun sudah tidur.

“Saya rasa kasihan lebih-lebih lagi terhadap Afwa yang masih kecil. Afwa pun sudah pandai merajuk dan tidak mahu lepaskan saya. Jadi saya rasa bersalah.

“Tapi saya pun ada tanggungjawab terhadap pekerja-pekerja saya. Jadi saya akan cuba bahagikan masa sebaik mungkin.,” katanya.

Sekadar info, Siti berkahwin dengan Datuk Khalid Mohd. Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.