“Dulu Ramai Kata Dia Akan Kik1s Duit Sampai Aku Tinggal Sp3nder!” – Mawi Ded4h Perangai Sebenar Isteri

JIKA sebelum ini isteri penyanyi Mawi iaitu Ekin pernah dilabel sebagai ‘kaki kik1s’ kerana mengahwini juara Akademi Fantasia 3 (AF3) itu, namun lain pula jadinya selepas 12 tahun pasangan ini mendirikan rumah tangga.

Kata Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 39, isterinya itu bukan suka meminta-minta sebaliknya pandai mencari wang sendiri dengan berniaga.

“Sump4h tak ada niat nak menunjuk-nunjuk pun gais. Cuma nak hargai pengorb4nan dia. Dah terlalu banyak dia berkorb4n untuk aku. Dia tak pernah pun nak paksa aku atau minta duit setiap bulan.

“Malah dia sendiri pandai cari duit. Dia tak mengharapkan aku sepenuhnya. Alhamdulillah… semoga perniagaan dia terus berjaya dan diberkati tuhan,” kata Mawi.

Mawi memuji isterinya itu menerusi posting di Instagram ketika berkongsi video kejutan sempena sambutan Hari Bapa pada Ahad.

Mawi kongsi rakaman isteri beri kejutan buatnya.

Berdasarkan video itu, Ekin menghadiahkan Mawi sebuah kamera jenama Canon lengkap dengan aksesori.

Rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dan terharu melihat kebahagian pasangan itu yang boleh dijadikan inspirasi untuk suami isteri yang lain.

Dalam pada itu penyampai radio Zayan FM ini secara berseloroh menyingkap kembali keperitan yang terpaksa dihadapi Ekin ketika mereka mula berkahwin.

Pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata.

“Dulu ramai yang kata dia ni akan kik1s duit aku sampai aku tinggal sp3nder. Tapi berlaku sebaiknya… aku yang kikis duit dia. Terima kasih sayang,” ujarnya.

Sebelum ini, Ekin mendedahkan dia pernah difitn4h serta dilabel sebagai seorang ‘kaki kik1s’ serta ‘kaki bom0h’ oleh netizen selepas mengahwini Mawi yang pernah menerima jolokan ‘jutawan segera’.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008 dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 8 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.