Jumpa Wang Tunai RM1oo,ooo! Tind4kan Pekerja Pus4t Rekreasi Tak Disangka2, Ahli Perniagaan Terkejvt Terima Panggilan

KATA orang umpama rezeki terpijak sekiranya kita menemui sesuatu yang berharga secara tiba-tiba.

Tapi apa yang akan anda lakukan jika berada dalam situasi itu? Anda pastinya dalam dilema.

Namun tidak bagi seorang pekerja ini apabila dia tanpa ragu-ragu melaporkan tentang penemuan sebuah beg berisi wang tunai berjumlah hampir RM100,000 di sebuah pusat rekreasi.

Menerusi satu perkongsian yang kini tular di media sosial, beg berisi wang tunai hampir RM100,000 itu merupakan milik seorang pengunjung yang bermalam di Pusat Rekreasi Air Panas Legong (Ulu Legong Hot Spring) di Baling, Kedah.

Beg yang mengandungi wang tunai berjumlah RM100,000.

Tidak melarikan wang tersebut, sebaliknya pekerja Majlis Daerah Baling (MDB) yang menemui beg berkenaan mengambil tindakan dengan melaporkan perkara itu kepada pihak pengurusan.

“Kakitangan Majlis Daerah Baling yang bertugas ketika itu terus melaporkan kepada pihak pengurusan serta menelefon pengunjung tersebut,” demikian menurut hantaran itu.

Difahamkan, pengunjung tersebut menerima panggilan daripada MDB ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Pengunjung tersebut terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada Majlis Daerah Baling kerana beliau sama sekali tidak teringat akan beg tersebut kerana bergegas untuk pulang.

“Setibanya di hot spring dia kata syukur sangat, semua ni adalah duit hasil perniagaan dan tak sempat untuk bank-in. Dia tak sangka masih ada insan yang jujur,” katanya.

Ahli perniagaan lega mendapat semula wangnya.

Dalam pada itu, kakitangan MDB yang menemui wang tunai tersebut berkata, ia bukanlah pertama kali dia menemui pelbagai barangan milik pengunjung.

“Tapi kalau kita ambil sekeping, hilang segunung kepercayaan orang kat kita,” menurutnya dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, seorang petugas di Pusat Rekreasi Air Panas Lenggong ketika dihubungi mStar pada Sabtu mengesahkan ins1den itu dan memaklumkan wang berkenaan milik seorang pengunjung lelaki yang merupakan ahli perniagaan.

Tak sangka masih ada insan yang jujur.

PENGUNJUNG / AHLI PERNIAGAAN

Namun katanya, kejadian tersebut berlaku beberapa bulan lalu dan menyedari ia baru tular sejak Jumaat, dipercayai selepas dikongsikan oleh seorang petugas lain di laman sosial.

Menurut petugas itu lagi, Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong dikendalikan oleh MDB.

Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu.

Antara komen-komen netizen.

Sementara itu, rata-rata netizen memuji tindakan pekerja berkenaan kerana bersikap jujur.

“RM100,000… termenung sekejap. Alhamdulillah dipertemukan dengan yang jujur. Sesetengah orang RM100,000 ni memang lupa dunia kalau jumpa.”

“Duit titik peluh yang berkat. Alhamdulillah. Pada yang menjumpainya, doakan semoga rezeki dan pahala tak putus-putus seperti air mengalir.”

“Alhamdulillah bukan wang kita, patut dipulangkan kepada tuannya. Kalaulah kita ambil daripada bukan titik peluh kita selama ini, kerja tak akan berkat.”

“Alhamdulillah. Zaman sekarang payah nak jumpa orang yang punya hati seikhlas dan sejujurnya. Semoga dimurahkan rezeki buatnya. Amin,” demikian antara komen netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.