“Digel4r Pis4u Cvkur” Dah Putvs Dengan Duda Anak Dua, Sekali Nama Alya Iman Kembali Menjadi Bualan Netizen

Pelakon baharu Alya Iman mendedahkan dia kini sudah kembali berstatus bujang selepas berpisah dengan teman lelakinya, ahli perniagaan, Ridhwan Rosli.

Menurut Alya dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungannya bersama duda anak dua itu sejak bulan puasa baru-baru ini.

“Buat masa sekarang ni, saya single. Dah takde kena mengena dengan Ridwan. Tapi kami kekal bersahabat baik.

“Tapi saya tak available ya, sebab saya nak fokus pada karier dan tak rasa nak cari perhubungan baru sekarang ni.

“Cuma saya nak cakap, hubungan saya dengan Ridwan tu, kalau ada jodoh tak akan kemana sebab kami pun kekal sahabat,” kata Alya kepada Gempak.

Alya ditemui pada majlis sidang media filem terbaharu lakonannya berjudul 7 Minggu Sebelum Kahwin terbitan KRU yang akan disiarkan di Astro First pada 7 Julai nanti.

Jelas Alya lagi, terpalit dengan kontr0versi orang ketiga yang melibatkan suami orang sekitar tahun 2020, masih ada netizen yanc menggelarkannya sebagai pisau cukur sehingga ke hari ini.

“Sampai ke hari ini orang masih bercakap burvk pasal saya, saya tiada kuasa nak menghalang orang untuk bercakap apa.

Sejujurnya, artis Malaysia ni kita kena terima je apa yang netizen nak cakap, saya terima dengan hati yang terbuka.

“Saya betul-betul cakap dengan diri saya, benda dah jadi, setiap ujian mesti ada hikmahnya, saya kena terima semua.

“Apa sahaja orang nak cakap pada saya, Insya-Allah takde yang meny4kitkan hati,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Alya mendakwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.

Namun selepas isteri individu tersebut membongkarkan hubungan sulit mereka berdua, kakak Alya memaklumkan segala kenyataan yang dikeluarkan mengenai berita pertunangan adalah tidak benar.

Sejak daripada itu juga, kehidupan mewah Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil menjadi pertikaian dan buah mulut wargamaya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.