“Ada Niat Nak Jauhkan Anak Dengan Aku Atau Daddy Dia… You Die!” – Shakilla Khoriri

Pelakon Shakilla Khoriri seakan memberi amaran kepada sesetengah pihak yang mempunyai niat tidak baik untuk memisahkan hubungan antara anaknya, Nurul Ameena Sofia bersama dirinya dan bekas suami, penyampai radio Fizi Ali.

Perk0ngsian Shakilla yang dimuat naik dalam akaun Instagram miliknya itu telah mencet0skan tanda tanya mengenai maksud sebenar mesej yang ingin disampaikan.

Shakilla bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci kepada siapa pesanan berbaur amaran tersebut ditujukan.

“For those yang rasa ada niat nak menyakiti anak aku, ada niat nak bunuh kebahagian dia, ada niat nak pisah atau jauhkan dia dengan aku atau daddy dia, Read this, YOU DlE!!” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan komen warganet yang mempersoalkan makna di sebalik mesej tersebut, malah, ramai turut mendoakan agar segalanya dipermudahkan.

Semalam, bekas suaminya, Fizi memuat naik dua hantaran di Instagram Story miliknya mengenai ‘bercinta dengan suami orang’ serta ‘perampas’ dan ia mengundang pelbagai persoalan.

Terdahulu, Fizi ada meluahkan perasaan marahnya terhadap Shakilla yang mendkwa kehidupannya dipercayai berpunca daripada ‘perbuatan’ bekas isterinya itu.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari 2018, namun berpisah selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nurul Ameena Sofia pada 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:xtra

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.