Ini Jawapan Puteri Sarah Kalau Syamsul Nak Bayarkan Saman Ira Kazar

Isu rumah tangga pelakon, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof hangat diperkatakan sehingga hari ini. Isu tersebut bertambah panas apabila Sarah akhirnya mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga yang dikatakan mengganggu kehidupannya selama ini.

Terbaru, Sarah sempat meluangkan masa bersama anak-anaknya meskipun sedang sibuk menguruskan urusan mahkamah bersama peguamnya.

Today mama cuti


Today mama cuti. Outing day with anak-anak.

Di Instagram, anak-anak Sarah iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah kelihatan sangat gembira ketika keluar bersiar-siar bersama ibu mereka. Menurut Sarah, hari cutinya digunakan sebaik-baik yang mungkin untuk menggembirakan hati anak-anak.

Namun perhatian peminat lebih tertumpu kepada gambar keluarga tersebut tanpa kehadiran bapa kepada anak-anak Sarah iaitu Syamsul Yusof. Walau bagaimanapun, netizen yakin Sarah seorang wanita yang kuat dan mampu membahagiakan anak-anak meskipun tanpa kehadiran suami di sisi.

Ujian Allah


Terbaru, seorang individu bertanya kepada Sarah sama ada dia sudah melihat ataupun belum video viral di TikTok berhubung Syamsul dan Kazar di sebuah kedai emas. Menurut Sarah, dia tidak kisah mengenai video tersebut. Tambahnya, dia tidak berasa hairan sekiranya suaminya itu mahu membayar saman Ira Kazar. Ujar Sarah, kes saman ini akan diteruskan dan ianya dikategorikan sebagai kes jenayah.

Tak kisahlah Syamsul nak bayar saman Ira Kazar ke tak, janji saman tetap saman dan masuk kes jenayah.

Terdahulu, Sarah nekad untuk meneruskan saman terhadap pihak ketiga ketika dia sedang menunaikan ibadah umrah pada bulan lalu. Ujar Sarah, sepanjang empat tahun ini rumah tangganya sering diganggu dan maruahnya tercalar berikutan ‘penyondol’.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Puteri Sarah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.