“Hanya Keluarga Saya Sendiri Saja Yg Tahu” – Izreen Azminda Mula Buka Cerita

Sebelum membulatkan hati menceburi industri hiburan, aktres Izreen Azminda mengakui telah bersedia dari segi mental dan fizikal khasnya apabila berdepan sebarang kontr0versi.

Izreen atau nama lengkapnya, Izreen Azminda Aznam berkata, tidak terkecuali dia akan berdepan dengan situasi sedemikian.

“Masa mula-mula saya mahu masuk dalam industri ni sejujurnya saya memang sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku.

“Sebab saya sudah di sedia maklum benda seperti ini pasti akan terjadi. Jadi, sebab tu sekarang kalau apa sahaja yang terjadi saya ’steady’,” katanya.

Dalam pada itu, aktres berusia 36 tahun ini tidak menafikan keluarga juga turut terpalit dengan kisah sensasi membabitkan dirinya sebelum ini.

Namun menurut Izreen, kedua orang tua dan seluruh ahli keluarganya menerima setiap perkara yang berlaku dengan hati terbuka.

“Macam mak ayah saya sama juga, jenis yang ’steady’ juga. Oleh itu apa sahaja yang terjadi pun mereka terima sahaja lah seadanya.

“Janji pada mereka hanya mereka sahaja yang lebih tahu anak dia ni jenis seorang yang macam mana.

“Hanya keluarga saya sendiri sahaja yang tahu kita di kedudukan mana jadi tidak kisah lah apa cerita keluar sekali pun, kita ’steady’ sahaja.

“Kalau nak tahu, ayah dan mak adalah antara orang yang sentiasa sokong saya sebelum ini,” katanya lagi.

Imbas kembali, Izreen mula menceburi karier seni lakonan selepas menyertai program Dewi Remaja 2005/2006 sezaman Scha Alyahya dan Datin Rabecca Nur Al-Islam.

Sehingga kini, sudah hampir 17 tahun bintang asal Perlis ini bergiat aktif dalam dunia lakonan.

Izreen berkongsikan perkara tersebut di dalam program YouTube #MHLIFESTYLE Media Hiburan. Ini perkongsian penuhnya;

Biodata Izreen Azminda

Siapakah Izreen Azminda, Tarikh Lahir Izreen Azminda, Berapa Umur Izreen Azminda, Adik Beradik Izreen Azminda dan Gambar Terkini Izreen Azminda.

Izreen Azminda Aznam (Jawi: ازرين عزميندا; lahir 30 Ogos 1985) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia.

Beliau ialah bekas peserta Dewi Remaja 2005/2006 dan terkenal dengan peranan lakonan dalam beberapa drama TV termasuk Gerak Khas, Juvana, Kerana Terpaksa Aku Relakan, 7 Suami dan Eksperimen Cinta.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:MH

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.