Kecoh Hubvngan Noh Hujan Dan Mizz Nina Bermas4lah!

“Itu semua tipu.”

Itulah jawapan ringkas vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh sewaktu ditanya mengenai desas-desus pergolakan rumah tangga di antara dirinya bersama isteri, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina.

Memetik satu hantaran video yang dimuat naik oleh Hlive, Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 37, menafikan spekulasi tersebut.

“Korang Semua Kena Tipu, Good Luck” – Noh Salleh Nafi Rumah Tangga Bergolak

“Takde komenlah, itu semua tipu. Korang semua kena tipu. Good luck,” ujar Noh.

Tambah pelantun lagu Renjana itu lagi, dia tidak pernah mendengar berita mengenai spekulasi rumah tangganya bergolak sehinggalah ke hari ini.

“Saya baru tahu hari ni. Itu pun Joe Saiful (pengurus) beritahu.

“Tu saya macam, ada eh benda ni? Itu fake news la,” jelasnya lagi.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)


Untuk rekod, Noh berkahwin dengan Mizz Nina pada 1 Julai 2011.

Mac lalu, pasangan itu mengumumkan mengambil anak angkat diberi nama Musa.

BIODATA NOH HUJAN

Hebat gaya BBNU, stail rambut tutup telinga macam Noh Hujan… apa yang dibuat di surau memang luar jangka, selepas solat terus main telefon – “Tuhan ajar saya on the spot” – Viral | mStar

Mohammad Noh Salleh (lahir 15 Mac 1985) atau lebih dikenali sebagai Noh Hujan atau Noh Phrofile merupakan seorang penyanyi dan pemuzik Malaysia.

Beliau terkenal sebagai vokalis dan gitaris utama kumpulan muzik rock Malaysia, Hujan. Beliau juga merupakan seorang penyanyi hip hop dahulu kerana pernah menganggotai kumpulan MIX sekitar tahun 2004 hingga 2006, dan sempat melancarkan album Mula Dari Dulu yang diterbitkan oleh Cat Farish.

Noh memulakan kerjaya awalnya dalam bidang muzik sebagai penyanyi hip hop dan menubuhkan kumpulan MIX bersama tiga rakannya, Asyraf Hardy, MC Wayne dan Ogie. Mereka mengikat kontrak dengan syarikat rakaman Cat Presents Productions milik Cat Farish dan muncul bersama album Mula Dari Dulu pada 2006. Mereka kemudiannya dibubarkan kerana Noh memberikan tumpuannya kepada kumpulan Hujan. MC Wayne selepas itu pulang ke Sarawak dan menjadi deejay radio Cats FM.

Selepas MIX dibubarkan, Noh bersama pemain gitar Coco, Mohd Hezry Mohd Hafidz atau lebih dikenali sebagai AG Coco menubuhkan kumpulan Hujan.

Hujan ditubuhkan pada 2005 selepas Noh memuatnaik beberapa demonya di Myspace, yang kemudian dikesan oleh AG Coco yang membawanya kepada pendedahan media arus perdana. Di awal kemunculan Hujan, mereka banyak dipengaruhi oleh jazz dan rock dalam penulisan lagu.

Noh Hujan | Beautifulnara -Terkini dan Sensasi

Di luar Hujan, Noh menubuhkan kumpulan Da Vagabonds yang dianggotai oleh dirinya sendiri sebagai vokalis, Heri Hamid (gitar), Alea Sutan (bes) dan Irfan Iskandar (dram), kumpulan ini melancarkan album pertama mereka pada 2013. Kerjaya solo Noh bermula dengan Angin Kencang pada Julai 2014.

Noh berduet bersama kumpulan folk Indonesia, Mustache and Beard menerusi lagu “Batas Mimpi”.

Beliau muncul dengan single “Debu Bercahaya” pada April 2019, yang diinspirasikan dari kisah tragedi yang menimpa rakan baik beliau sendiri. Lagu ini mengambil masa empat tahun untuk disiapkan

Noh berkahwin dengan penyanyi dan bekas anggota kumpulan hip-hop Teh Tarik Crew, Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina pada 1 Julai 2011.

Mizz Nina dan Noh Salleh kini ibu bapa Musa – Utusan Digital

Noh dalam video Kisah Inspirasi Noh Salleh yang dimuatnaiknya di YouTube mendedahkan bahawa beliau pernah cuba untuk menagih dadah, namun cinta Mizz Nina padanya telah menyelamatkannya daripada penyalahgunaan daddah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.