“Sebab Dia Derh4ka, Itu Sebab Pakai Inai Tak Jadi..”- Komen Padu Neelofa Jadi Bualan Netizen

Pasti ramai tahu selebriti popular, Noor Nelofa muncul dengan produk keluaran terbaru iaitu Inai NunHa yang mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Bagaimanapun, sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila rata-ratanya mempertikai inai terbabit berwarna hitam seakan-akan lebam seolah-olah terkepit pintu dan tidak merah seperti inai lain.

Tampil bersuara mengenai isu tersebut, Neelofa menegaskan inainya tidak menggunakan pewarna makanan t1ruan sebaliknya menggunakan bahan semula jadi.

Sementara itu, tular video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dimana Neelofa mengatakan perkara itu tidak akan terjadi jika mereka tidak ‘derhaka’ serta mengikut arahan untuk menggunakan produk berkenaan.

“Ada hamba Allah ini, dahlah tak ikut instructions (arahan), pantang larang, derhaka ukuran air, derhaka semua. Tapi, tak jadi sebab. Tak keluar warna inai dia. Itu sebab dia derhaka,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa turut meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pengguna yang memuat naik video membvrukkan Inai Nunja seolah mahu menutup periuk nasi orang lain.

KUALA LUMPUR, 6 Oktober – Noor Neelofa Mohd Noor bersama suami bergambar selepas sidang akhbar Program Kasih Prihatin-MAIWP Pengagihan Bakul Makanan di Surau Al-Mustaqim di sini, hari ini.
Foto – FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR/PEMBERITA – NISAH
“Lepas tu upload video di TikTok. Sebab dia, video-video itu membuatkan orang tak percaya atau menutup periuk nasi orang lain. Sebenarnya, ia sangatlah tidak baik.

“Kita sebenarnya ini, semuanya sama mencari rezeki. Tapi disebabkan dia berniat tidak baik untuk war-warkan inai ini tak jadi pun. Padahal dia tak tahu cara pakai yang betul,” katanya.

VIDEO :

KOMEN NETIZEN :

Terdahulu, Neelofa memaklumkan pihaknya sedang menunggu sijil HALAL dan SIRIM bagi meyakini orang ramai.

Malah, Neelofa berkata pihaknya akan mengadakan satu majlis dalam masa terdekat serta menjemput pakar di dalam bidang tersebut untuk memberi penjelasan lanjut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.