Shahir Bakal Bertunang, Ini Kata2 Erra Fazira Kepada Bek4s Kekasihnya Buat Netizen Seb4k…

PETALING JAYA – Bakal berg3lar tunangan orang esok, Shahir Zawawi mengakui debaran semakin berganda menanti detik ‘terbang’ ke kampung halaman wanita yang menjadi pilihan hatinya di Tawau, Sabah, petang ini.

Katanya, sepatutnya majlis pertunangan mereka diadakan di Kuala Lumpur, tetapi diubah ke kediaman keluarga pihak perempuan untuk membolehkannya membawa ibu bapa makan angin.

“Alhamdulillah, segala urusan untuk majlis ini berjalan lancar hasil bantuan keluarga serta kawan terdekat yang turut sama membuat persiapan akhir.

“Ikut perancangan awal memang mahu langsungkan majlis pertvnangan di sini (Kuala Lumpur), namun selepas berbincang kami putvskan untuk adakan di rumah keluarganya.

“Bukan saja dapat mengenali saudara maranya yang memang ramai di situ, saya juga ambil kesempatan untuk bawa emak abah jalan-jalan di Tawau. Ikutkan empat hari kami ada di sana.

“Dari Kuala Lumpur rombongan kami hanya berenam membabitkan saudara terdekat dengan membawa bersama lima dulang hantaran,” katanya kepada Kosmo! Online

Pada akhir Jun, penyanyi Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu membuat kejvtan mengumumkan akan bertunang dengan ahli perniagaan dekorasi dalaman dan pakaian yang berusia 30 tahun.

Walaupun hanya sebulan lebih mengenali hati budi, juara Akadeni Fantasia 8 (AF8) itu nekad membawa hubungan tersebut ke fasa perkahwinan yang difahamkan berlangsung sekitar September depan.

Biarpun masih belum terbuka untuk mended4hkan wajah si dia, carian Kosmo! dapat menjejak akaun Instagram wanita yang membahasakan dirinya sebagai Ekin.

Terdahulu, Shahir, mengakui tiada niat menyembunyikan wajah bakal suri hati, sebaliknya memaklumkan akan memperkenalkan wanita itu selepas majlis pertvnangan mereka.

Katanya, dia mahu menjaga privasi, tambahan pula sebelum ini mereka sibuk dengan persiapan untuk hari merisik dan tvnang, selain persediaan majlis perkahwinan.

“Bukan saya sorokkan dia, kalau ada yang terjumpa kami di mana-mana lokasi ketika uruskan persiapan hari kenduri saya tak akan meng3lak.

“Cuma untuk kongsi gambar dia di media sosial bukan sekarang. Saya belum dapat ‘lesen’ sebab kami tiada ada apa-apa ikatan lagi. Tunggu lepas tunang.

Lagipun dia jenis ‘low profile’. Dia belum biasa dengan senario kerjaya saya, biar dia kenal situasi ini secara perlahan-lahan,” katanya.

Mengulas lagi mengenai perincian hari bahagia, katanya selepas bertunang, dua majlis resepsi bakal menyusul beberapa bulan selepas itu iaitu di Kuala Lumpur disusuli Tawau, dua minggu kemudian.

Isimewanya dedah Shahir, dia akan mendendangkan sebuah lagu khas pada hari persandingan, yang juga kemuncak bagi acara berkenaan.

“Sebenarnya sekarang saya dalam proses menghasilkan lagu tersebut dengan dibantu rakan seperjuangan saya, Oja. Itu adalah luahan ketulusan saya terhadapnya.

“Dia pun belum tahu mengenai lagu ini, tapi tak mengapa saya ded4hkan lebih awal berkenaan kejutan istimewa ini.

“Lirik dendangan ini hanya akan saya perdengarkan kepadanya selepas kami sah jadi suami isteri,” katanya lagi yang belum sedia mended4hkan tarikh pernik4han mereka.

Selain itu Erra Fazira juga ada pesan buat Shahir,

Dalam pada tu,

Selanjutnya,

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: HM & Mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.