Kehadiran Rakan Selebriti Ke Majlis Agama Mentua Neelofa, “Suka Teng0k Semua..”

Neelofa, salah satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Dahulunya bergelar seorang pelakon, kebijaksanaanya dalam menjalankan perniagaan telah membuatkan ramai kagum.

Pendek kata juallah apa pun, pasti mendapat perhatian ramai dan yang penting laku. Bagaimanapun, satu perkongsian rakaman kehadiran rakan selebriti ke majlis agama di rumah mentua Neelofa baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Berikut adalah perkongsian rakaman tersebut:

Perkongsian rakaman kehadiran rakan selebriti ke majlis agama di rumah mentua Neelofa ini telah dimuat naik menerusi akaun TikTok dengan nama akaun sitizoner. Apa yang membuatkan rakaman itu menjadi perhatian ramai adalah kelihatan beberapa anak seni turut sama hadir.

Menerusi rakaman itu kelihatan Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Lisdawati, Izara Aishah dan ramai lagi. Cantik semuanya berhijab litup sambil nampak sopan ketika makan. Perkongsin video ini telah meraih lebih 300 ribu tontonan dan 13 ribu likes.

Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji menyaksikan barisan selebriti menutup aurat mereka dengen sempurna. Berikut antara luahan ramai:

“Baguslah makan rumoh mok ustaz…Ada saprah..Banyok amal sunnah dalam kehidupan..Semoga jadi asbab hidayah seluruh alam”

“Ya Allah..Bertuahnya dorang ni..Barakallah..Antara bidadari dunia..Cantik seri”

“Suka tengok semua dah berhijab..Lembut je muka dan perwatakan..Smeoga terus istiqamah amin”

“Kadang2 tengok Neelofa tak pernah layan pun masalah netizen yang suka kondem dia. Dia lebih peduli pada hal2 akhirat n eratkan hubungan sesama artis..”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: hcl

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.