“Sampai Tak Cukup Tidvr” -Lepas Lebih 2 Tahun Bercer4i, Ini Kehidvpan Terkini Jaclyn Victor!

Walaupun seakan kelihatan menyepikan diri, penyanyi bersuara tinggi, Jaclyn Victor atau lebih mesra disapa Jac baru sahaja menghasilkan single terbarunya.

Single yang sedang menanti masa untuk dikeluarkan. Ia juga akan menjadi runut bunyi sebuah drama nanti.

Menurut penyanyi lagu Gemilang yang berpisah dengan bekas suami, Shawn Rivera itu, dia kini tenang menjalani kehidupan bersama dua anaknya, Jonah Joshiah Rivera, 7, dan Molly Marguerite Rivera, 5.

“Cabaran saya sekarang ialah untuk memberikan lebih masa dengan anak-anak. Saya kena membahagi masa untuk diri sendiri, bisnes dan anak-anak.

“Saya kena atur masa persekolahan mereka dan bisnes. Tak cukup tidur itu biasa.

“Ini kerana dalam seminggu, lebih dari tiga kali luangkan masa di restoran selepas terbabit dalam urusan perniagaan sejak setahun lalu.

“Saya kena jaga akaun dan pengurusan perniagaan. Banyak yang dah saya belajar dalam tempoh dua tahun ini,” katanya.

Biarpun mempunyai pembantu, baginya tidak sama dengan sentuhan belaiannya terhadap mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jaclyn Victor (@jaclyn_victor)


Menurutnya, dia kini menceburi perniagaan berasaskan makanan dengan menjadi rakan kongsi kepada dua rakan di Bangsar dan Kota Damansara.

Jac, 44, kini bersyukur kerana restoran yang dibuka semasa p4ndemik Cov1d-19 bersama Geoff Leembruggen yang juga pemilik asal dan Shankar semakin mendapat sambutan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jaclyn Victor (@jaclyn_victor)


“Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), nak dikatakan saya cool sangat itu tak juga. Semua orang bergelut untuk hidup.

“Saya tak fikir perlu bergelut tapi saya rasa macam satu ujian dan kena berlapang dada terimanya. Kita kena buat apa yang sepatutnya untuk hidup.

“Itulah yang buat saya menceburi bidang ini di Bangsar. Dah berusia dua tahun, manakala di Sunway Giza Mall dah setahun tiga bulan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jaclyn Victor (@jaclyn_victor)


Jac berkata, dia sebenarnya tidak pernah terbabit dalam perniagaan makanan dan tidak pernah terfikir menceburinya.

“Bila industri seni antara yang awal dihentikan dan paling akhir dibuka semula, saya rasa kena buat sesuatu. Sebabnya kita penyanyi dan bukan macam orang lain.

“Bukanlah kata terpaksa atau nak cuba. Bagi saya buat sahajalah kalau bukan pasal duit pun kerana masa itu PKP tak boleh ke mana-mana. Jadi mental kena sentiasa berjalan.

“Ramai yang mengalami tekanan perasaan tak boleh kerja, keluar dan macam-macam. Dengan adanya aktiviti ini, otak kita berjalan,” katanya.

Menurutnya, operasi restoran dimulakan sejak akhir Jun 2020 dan terus sukses sehingga kini.

“Ketika itu saya fikir ia satu peluang yang baik kerana orang tetap kena makan dan minum. Lagipun suasana di Bangsar sendiri ramai orang.

“Saya ambil peluang yang ada. Okeylah… kira berbaloi apa yang dibuat. Sejak itu sampai sekarang, saya fokus pada yang ini.

“Jangan fikir terlalu banyak. Saya ada ramai rakan kongsi dan jalanlah. Mereka pun ada banyak pengalaman,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.